Meh la join...

Pengalaman Jual Rumah


Ini hanyalah pengalaman. Sekadar berkongsi bukan untuk memalukan sesiapa ye. Mohon Maaf terlebih dahulu jika ada kata-kata dan tulisan yang menyinggung perasaan anda.

Setiap orang mungkin akan melalui permasalahan yang berbeza. Tetapi tak mustahil ada masalah yang lebih kurang sama. Jadi saya kongsikan disini.

Dulu kami tinggal di setinggan Kuala Lumpur. Ayah ditawarkan untuk memiliki flat kos rendah sebagai ganti tanah yang di ambil pemaju untuk pembangunan. Masa tu umur ayah dah 56 tahun. Jadi ayah tak layak untuk membuat pinjaman bank.

Ayah meminta bantuan Alang untuk digunakan namanya bagi membuat pinjaman sebab Alang dan setahun bekerja manakala Angah sebagai penjamin dan penama kedua dalam SnP. Masa tu Along sudah berkahwin dan juga membeli rumah jadi pendapatan Along tak mencukupi untuk memohon pinjaman bank.

Duit deposit rumah dan peguam semua ayah yang bayar termasuk bayaran bulanan sehinggalah ayah berhenti kerja pada usia 65 tahun sebagai pengawal keselamatan.

Pada usia ayah menginjak ke 80-an, ayah menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Masa tu ayah dah mula menyebut tentang rumah flat yang disewa kepada orang. Ayah kata ayah tak merasa duit tu.

Jadi ayah buat keputusan untuk menjual rumah flat tu. Keputusan ayah dibangkang oleh adik bongsuku yang telah bantu ayah membayar bulanan rumah selepas setahun ayah berhenti kerja.

Tapi keputusan ayah muktamad. Selama 2-3 tahun ayah asyik sebut nak jual rumah flat dan mengungkit tentang duit sewa yang tak masuk ke poketnya. Mula-mula aku memang taknak masuk campur. Walaupun ayah cakap ayah nak jual rumah tu sebelum tutup mata, ayah nak bagi anak-anak merasa duit tu sorang sikit, ayah xnak ada masalah bila ayah dah pejam mata, masih belum menyentuh hatiku untuk menurut kata ayah (kerana kasihan dengan adikku yang mengharap untuk memiliki rumah tu setelah banyak duit dia laburkan)  Tapi bila ayah jatuh dan kena strok, akhirnya aku mengalah.

Aku hubungi Alang dan memberitahu aku nak tolong ayah jual rumah tu. Alang juga seperti aku pada mulanya. Malas nak layan karenah ayah dan kasihan dengan adik bongsu.

Tapi Allah tu Maha Berkuasa dalam melembutkan hati  hambanya. Dalam pada aku yang sudah bertindak mencari ejen untuk bantu jual rumah tu, akhirnya Alang setuju untuk menjual.

Aku mesej adikku minta persetujuannya. Memang payah. Payah sepayah-payahnya. Sebab dia dah banyak bayar dan melabur (katanya) untuk tahun-tahun yang dia tinggal dengan mak ayah kat flat tu dengan keluarga dia dan walaupun duit sewa masuk poket dia (untuk bayar bank dan caj sebab uruskan rumah tu kot).

Macam mesin gun mesej yang dia hantar padaku. Nasib baik mesej. Kalau keluar dari mulut dia, menanah telinga aku nak mendengarnya dan silap haribulan mau bergaduh aku dengan dia. Mulut beracun tangan berduri.

Dalam keadaan tak rela, dia bagi syarat. Minta ganti duit yang dia dah keluarkan termasuk bunga.

Rumah tu ramai yang nak beli, ada 3 pembeli. Tapi semua bank reject. Sebabnya...???

Tak tukar strata title lagi.

Benda ni malas aku nak ulang. Dah banyak kali aku ingatkan adik-bradik aku beberapa tahun lepas. Tukar nama, tukar nama. Tapi sebab xde duit, masing2 buat dek je....

Pemaju dah keluarkan surat banyak kali sampai dah keluarkan final reminder untuk tukar strata (Geran atas nama Pemaju kena tukar kepada Individu) tapi kami boleh relax je....

Akhirnya rumah tak boleh jual. Pemaju letak syarat kat bank, pembeli boleh jual selepas tukar strata title! Aduuuuu....pening kepala aku masa tu. Patut aku buat dek je sebab rumah tu bukan nama aku. Pedulik apa aku. Tapi sebab kesiankan ayah, dan niatku nak tolong ayah kerana Allah Taala, aku tolong uruskan jugak.

Kena appoint lawyer untuk tukar strata ni. Tapi duit xde. Mana nak korek? Akhirnya ada pembeli ni yang memang nak sangat rumah tu dia sanggup bagi 3% deposit rumah dan sanggup tunggu sampai setel dan dia boleh buat loan.

Aku call lawyer, nasib baik member aku kerja kat pejabat lawyer. dia tolong uruskan. Apa-apa dia call. Jimat duit prepaid aku.

Nak dijadikan cerita, member aku R call. Dia suruh aku dapatkan bil cukai tanah dari pemaju. Jadi aku call pemaju tanya macam mana nak dapatkan cukai tanah tu? Diorang kata kena ambil kat pejabat pengurusan flat.

Aku pun call pejabat maintenan. Memang ada kat diorang tapi kena bayar tunggakan maintenan dulu baru diorang boleh kasi.

Alamak!! Ada tunggakan ke?

Ada.

Berapa? suspen gak aku padahal dah tau dah. Saja je berlakon.

$34**-**

Haaaaaaaa?????? Banyaknyeeeee......
Saja je aku buat terkejut

Bincang dengan Alang. 
Ok kitorang setuju guna duit deposit untuk bayar maintenan. Baki sikit lagi untuk bayar duit lawyer. Dah setel bayar habis, esoknya aku fax kat lawyer bil cukai tu. Rasa lega.

Dua hari lepas tu R call. Bagitau perkembangan.Diorang dah hantar surat kat pemaju dan lawyer bank. Nanti apa-apa call balik.

Aku tanya berapa lama? R kata xde la lama sangat. beberapa bulan je kalau xde masalah dengan pemaju dan pejabat tanah. Ok. Tapi masalah kalau ada nama blacklist la.

Haaaaaa!!!! Alamak. Aku pun lupa nak tanya.  Aku cakap kat R nanti aku call balik. Aku tipon Alang tanya, rasanya dulu-dulu pernah dengar yang Angah blacklist sebab beli rumah tapi terbengkalai tak tau apa cerita. So Alang call Angah tanya, betul dia blacklist.

Allahuakbar. Aku call R bagitau Angah aku blacklist. R kata setelkan dulu hutang baru boleh tukar strata sebab taknak masalah timbul bila dah tukar nama. Silap haribulan bila nama dah tukar, pemiutang boleh rampas rumah tu, jual untuk cover utang Angah aku.

Bila pembeli tahu masalah ni, dia mintak balik duit deposit yang dia dah bagi. Mana nak korek? Aku pun taknak la kata duit tu dah kira burn sebab deposit je. Tapi aku taknak duit tu jadi duit haram tak berkat, aku dan Alang cadang untuk sewa flat tu dan ganti duit pembeli secara ansuran. 

Alhamdulillah pembeli tak banyak songeh, faham dan setuju. Semoga Allah berkati dia dan keluarga.

Flat tu nampaknya masih nama pemaju sampai bila-bila selagi hutang Angah tak diselesaikan dan tak boleh dijual dipindah milik atau dikeluarkan hakmilik dalam SnP tu.

Kesian kat ayah. Tak tau sempat ke tak dia merasa duit hasil jualan rumah flat tu. Aku harap ada penyelesaian. Moga masalah yang timbul ni dapat eratkan semula silaturrahim kami adik bradik yang sedang dingin dan berpuak. Diharap semua orang lebih pentingkan mak ayah dari harta.

Janganlah kita berebut harta yang bukan milik kita walaupun kita yang banyak berkorban duit masa emosi kerana bukan harta yang dapat membantu kita di akhirat nanti tetapi doa ibubapa yang dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka. Nauzubillahiminzalik!