Meh la join...

Mr Suami ke IMKK Mei di PGRM

Bismillahirrohmanirrohim....


Tulisan ni kesinambungan dari cerita Best ke Klinik Usahawan Azizan Osman.

Oleh sebab kitorang ni tinggal kat area Rawang, jadi bila suami nak menghadiri IMMK kat PGRM Cheras KL, akak dah rasa cam jauh na. Boleh ke suami akak ni nak bertahan ulang-alik tiap hari selama 4 hari??

4 hari tu tak bukak bengkel. Berkerut dahi. Tapi Mr Suami dah nekad. Tawakal pada Allah. Terharu dan gembira bila tengok cik abang kita ni bersemangat nak belajar ilmu tentang bisnes ni.

Hari pertama Mr Suami ke IMKK,
Terasa bosan. Rasa sunyi. Padahal, sebelum ni memang dia takde kat rumah pun sebab kerja. Ngada-ngada. Biasa kalau Mr Suami cuti, kitorang g window shopping....; )

Tak sabar nak tunggu Mr Suami balik petang tu. Tunggu punya tunggu, belum balik. Call pun takde. Eh, mana dia pergi ni? Apsal balik lambat? Ke mana pulak dia pergi pas IMKK ni? Pukul 8 dapat mesej yang MR Suami balik lambat sikit. Okey la, walaupun sedih sikit. Takpe, akak nak tunggu sampai dia balik.

Eh, dah pukul 11 malam? Aduuhh, apasal tak balik lagi ni? Risau la pulak. Call tak dapat. Mesej je. Masa tu lom install wasap lagi.SMS je. Hehehe....konon wasap ni tak elok la....duluuuu,fikiran camtu. Rasa leceh nak kena ada line internet. Nak kena beli internet walaupun masa tu guna wifi kat rumah. Mmmmm...x faham!!

12 lebih! Rasa cam nak nangis pun ada. Mana la pulak laki aku ni pergi? Bertapa ke? Singgah bengkel ke? Dah rimas. Nak tidur tak boleh lelap. Risau sangat.

Pukul 1 lebih, pagi tau, baru dengar bunyi kereta masuk parking depan rumah.

Alhamdulillah, selamat sampai.

Masuk je rumah, Mr Suami minta maaf. Bateri hp dah habis. Takde tempat nak caj. Kursus habis pukul 12 lebih.

What?????? Lamaaanyaaaaaa......Tak pernah dengar ada kursus dari pagi sampai tengah malam.

Iye, betul. Tak tipu, Mr Suami bersungguh pertahankan sebab dia sampai lewat.

Nanti cerita ye, nak solat isyak dulu.

Waaaa, masa Mr Suami balik tu, terasa aura dia dah lain macam. Lebih tenang. Muka pun dah tak stress. Banyak diam dan termenung.

Setel je Mr Suami solat, duduk atas katil, dia start cerita.

Mata akak yang mengantuk, jadi segar (biasa kalau Mr Suami dah selamat balik, mata automatik akan mengantuk dan terus tidur.

Memang best la ma (Mr Suami panggi akak, mama). Rugi pulak rasanya mama tak ikut sekali. Takpe, lain kali, ada rezeki mama pergi pulak ye.

Ok. Akak senyum je. Tak boleh nak nyampuk. Nampak Mr Suami ni bersemangat bercerita, walaupun tak ikut plot. Nampak mata dia macam tak ngantuk.

Asyik cakap best la, best la....Nak cerita tak reti, nanti mama pergi la.

Dekat nak pukul 2: 30 pagi, akak suh dia tidur, esok nak kena pergi awal. Jauh tu. Letak je kepala, x lama lepas tu, Mr Suami dah terlelap. Kat tangan dia ada gelang warna biru. Gelang kertas macam kita nak masuk ke water park tu.

Tergerak tangan ni nak cabut gelang tu. Ada ke pulak tidur dengan gelang. Dah pegang, nak koyak, tak jadi. Ah, biarlah dia sendiri yang koyakkan.

Pukul 5 lebih Mr Suami dah bangun. Akak tanya pasal gelang tu. Siap gelakkan dia sebab tidur dengan gelang.

Eeey, jangan koyak! Kalau koyak ni kena bayar $50 untuk dapatkan gelang baru.
Erkkk, yeke? Nasib baik!

Hari kedua IMKK,
Penantian suatu penyeksaan. Hari kedua pun sama. Mr Suami balik lambat. Sampai rumah pukul 1 lebih. Kesian pulak tengok dia.

Tapi kali ni Mr Suami jdi lebih positif. Walaupun penat, dia kata seronok. Rasa bersemangat pergi kursus ni. Katanya, dia tumpangkan seorang mamat yang OKU dari Sabah. Mamat ni menginap kat hotel Pudu. Dah lewat malam kan, teksi mahal.

Dalam hati akak dah negatif. Alaaaa, biar la dia balik sendiri. Banyak teksi.

Tapi Mr Suami dengan tenang cakap, kita tolong orang dengan ikhlas, tak harapkan balasan pun,Allah akan balas lebih.


Errkkk, terdiam akak. Amboi, balik dari IMKK ni, dah jadi seorang yang caring dan lembut hati. Bagus bagus!

Malam tu Mr Suami tidur lambat lagi. Mulut dia tak henti cerita tentang IMKK. Macam-macam. Cara nak submit pada Allah, aura positif negatif, tentang hotseat yang dapat ratus-ratus ribu sebulan.

Ye ke? Ratus ribu? Lepas join IMKK? Betul ke? Macam tak caye je...
Skeptikal lagi akak ni.....maklum la tak pergi IMKK, tapi suh suami pergi, tapi masih negatif, camne tuh??

Takpe la, tak percaya takpe. Nanti mama pergi, mama rasa mama dengar...baru mama percaya....


Okeeeyy......Betul jugak cakap Mr Suami. Tak pergi tak tahu.

Oh yea, lupa nak cakap. Hari pertama pergi IMKK suara Mr Suami dah serak rock. Hari kedua, bertambah serak, tapi masih nak bercakap.

Akak tanya, macam mana pergi kursus boleh hilang suara ni?

Kena jerit kuat-kuat.

Jerit??? (Nganga akak) Apa ke jadahnya dalam kursus kena jerit??

Haaaa, itu la. Best ma. Best sangat. Pergi la. DAO suruh jerit sekuat hati. Bila DAO sebut perkataan SWITCH je, semua orang automatik bangun dan jerit. Macam nak luahkan apa yang terpendam, marah, stress atau apa saja dalam diri kita.


Bayangkan, bila DAO tengok memasing macam lemah, ngantuk je, dia sebut SWITCH, kelam kabut orang bangun dan jerit, sekuat hati tu....Automatik bangun. Semua dalam dewan tu memang sporting.


Ooooooo....ok. Masih tak nampak, dan tak boleh bayangkan. Tapi tengok muka Mr Suami, senyum gembira.

Sambung nanti yea....













Best ke Klinik Usahawan Azizan Osman?

Bismillahirrohmanirrohim....

Assalamualaikum semua....

Tahun 2014 dan 2015 adalah saat paling getir dalam hidup dan bisnes suami. Memang tak pernah rasa camtu. Kewangan pada masa tu dah paras hidung. Hampir lemas.

Suami akak buat bisnes workshop kereta je. Bisnes masa tu cukup-cukup makan dan nak bayar hutang. Nasib baiks bengkel suami dibina atas tanah tanah ibunya. Jadi xdelah nak kena bayar sewa, kurang sikit liabiliti.

Nak dijadikan cerita, mak mertua ada penyakit 3 serangkai. Pak mentua pula umur 76 dah tak boleh memandu sangat.  Kalau boleh pun, mau jem jalanraya. Jadi dia hanya mengharapkan anak-anak lelaki untuk membawanya ke hospital atau berjalan ke mana-mana.


Orang tua bila dah sampai satu peringkat umur in, sama ada akan menjadi banyak cakap atau pendiam. Pak mentua akak pulak menjadi seorang yang banyak bercakap. Perkara yang sering didiceritakan ialah tentang masa lampau ketika menjadi SC menentang komunis dan zaman-zaman muda beliau termasuklah bab-bab agama.

Oleh kerana pak mentua ni suka berborak, dan bengkel suami pula dekat, dia selalu ulang alik ke bengkel untuk bercerita dengan sesiapa saja yang ada di bengkel. Sehari adalah 6-7 kali ulang alik ke bengkel.

Lama-kelamaan orang pun sudah naik bosan kerana cerita yang sama. Lupa nak bagitahu, pak mentua mempunyai masalah pendengaran. Jadi dia sorang je lah yang bercakap. Yang lain nak menyampuk terpaksa menjerit, jadi anggukkan kepala je la.

Kadang bila takde orang nak layan,  suami la kena dengar ayahnya merungut dan membebel macam2 hal, termasuk tentang hal anak2 yang lain.

Sampai satu tahap kesabaran itu hilang.
Macam-macam perkara yang terjadi menyebabkan suami akak ni stress,sedih... Banyak-banyak sangat...

Bila akak nasihat, biasalah, dia akan kata kita tak rasa apa yang dia rasa, tak berada di tempat dia.
Lama-kelamaan, kereta yang datang ke bengkel makin kurang...

Balik rumah je, suami akak memang nampak ketara muka dia stresssssss sangat. Masam. Nak pergi kerja pun takde mood. Malas. Akak dah tak tahu nak buat apa, nak tolong apa.

Masa tu pulak bila balik rumah mak akak, selak je Harian Metro, nampak muka Dr Azizan Osman, dengan tangan tunjuk kat kepala sambil tersenyum lebar.

Apa ni?? Klinik Usahawan???


Baca tengok cam tu je.....macam berminat nak tau tapi wat tak tau je lagi.

Akhirnya sampai satu tahap, masalah kewangan dan keluarga makin menekan dan menekan...sampailah cash xde dalam tangan. terpaksa meminjam pula untuk bayar hutang.

Tengok tv, Eh, mamat ni lagi....Oooo bagi motivasi....agaknya pakar motivasi kot....ok,  tengok dan dengar je.

Tengok suratkhabar....muka dia lagi....

Masa berlalu....

Akak dah bagi macam-macam nasihat kat suami, suruh buat tu, suruh buat ni...tapi dia dah tak boleh terima apa yang akak cakap...dia dah down sangat...akak rasa sedih dan stress tak dapat tolong sebab tak kerja...

Sampai tahun 2015, belek suratkhabar, lagi muka Dr Azizan...kali ni baca dengan penuh minat. Macam bagus je.

Bukak internet....blog walking


Baca pengalaman mereka-mereka yang dah pergi klinik Dr Azizan ni...

Dah baca, macam best sangat. Terasa bersemangat. Nak join...

Tapi pas tu....terbaca pula blog yang menceritakan perkara negatif tentang Dr Azizan ni....Pulak!! Dah berbelah bagi. Boleh caye ke??? Huhuhu....

Tarik nafas, baca lagi blog yang cerita perkara positif jer tentang Dr Azizan ni dan seminar beliau.

Kat iklan ada tulis, daftar seorang $30, tapi kalau daftar 3 orang percuma 1. Hemmmm....masa tu niat untuk bantu suami naikkan semangat dia, xde nak ajak sape2. Masa suami tengah down tu, akak bagitau tentang klinik usahawan ni...

Murah jer akak cakap, $30 seorang. Kita pergi berdua,akak temankan . Sekerat hari je pun....Suami pun masa tu ikut je. Macam dah tak berdaya nak tolak atau bantah.

Dengan gembira akak pun daftar la. Online tau...Pi 2 orang $60 kat SACC...

Dup dap dup dap tunggu hari nak pergi tu...

Dapat mesej peringatan tentang kursus dari Richworks, bertambah berdebar...Tak tau kenapa...sebab dah lama tak pergi kursus kot...

Tiba harinya, suami dengan muka biasa je seolah takde perasaan drive kereta, akak pula yang rasa happy sangat. Berdoa dalam hati supaya lepas je suami dengar seminar tu, dia akan berubah dan bersemangat semula.

Sampai je kat SACC, alamak! Nak kena bayar parking ke?  Lama ni, mesti mahal.  Tanya kat guard nak bayar kat mana ni? Dia kata free untuk yang pergi seminar....Alhamdulillah, nasib baik free...lega. Hehehe...

Masuk je dalam bangunan SACC, orang tak berapa ramai. Masa tu ingat tak ramai orang yang join. Ingat xde sambutan (negatifnya)


Pergi kaunter, isi borang, daftar nama...Wah, dapat buku Dr Azizan freeeeeeeee....yahooo!! Sukanya dapat buku free.


Pas tu beratur.....tunggu rasa macam lama gak la...perut yang kenyang xde selera nak makan, terus jadi lapar. Tapi semangat nak tunggu diorang bukak pintu masuk dewan ni,  buat selera mati.

Makin lama makin ramai orang. Aiittt, diorang ni nak join klinik usahawan ni jugak ke? Bila la diorang nak bukak pintu ni, orang makin ramai ni, kang kena berebut la pulak! Rasa x sabar dah masa tu.

Akhirnya, pukul 8:30 pintu dibuka. MasyaAllah, pompuan pun, tapi bertolak, berebut nak masuk. Akak pun takde nak bagi can. Berebut gak la. Masa tu dapat barisan kedua. Ok la. Rasa macam dekat dah dengan pentas utama.

Lupa nak bagitau, diorang asingkan tempat duduk lelaki dengan perempuan. Masa tu rasa sedih plak kena berpisah seketika dengan suami. Huhuhu...

Dalam dewan tu, ya Allah, lagu diorang pasang muzik kuat betul! Nak pekak telinga dibuatnya. Masa tu rasa cam, betul ke keputusan yang aku buat ni? Masa tu istighfar je la dalam hati. Rasa macam.....sedikit kecewa. Sebab akak ni almaklum la dah nak masuk 40-an. Kurang dah dengar muzik-muzik ni....hehe xde la alim sangat pun, cuma sukakan ketenangan je...Rasa serabut kepala dengar muzik bising.

Masa tu pusing belakang, nak tengok ramai ke orang. Pusing je....Ya Allah, ramainya orang! Terlalu ramai! Fuh, Nasib baik dapat tempat duduk depan, kalau belakang susah nak dengar dan kensentret.

Akhirnya masuk la sorang brader ni. Macam mc la...ucap selamat dan suh semua bangun. Yang peliknya bila brader ni keluar atas pentas, semua bersorak bertepuk tangan. Macam retis la pulak. Tapi x pernah nampak pun dlm tv... Hmmmm...

Akak tengok orangnya cam mamak, kecil molek je badannya. Ceria je orangnya.

Laaa....ajak bersenam la pulak!!!!!

Separuh rela, kuturutkan jua. Hahaha!!!

Tengok diorang semua sporting. Rasa macam....lain la. Lain sesangat. Pas tu niat dalam hati, dah sampai sini, apa saja yang diorang ni suruh, aku kena buat, aku kena ikut. Tak suka pun kena buat juga. Barulah rasa bersemangat nak bersenam ke... Berjoget?  Bole la... Yg penting ngantuk dan bosan tu hilang.

Masuk je Dr  Azizan,

Tak tau nak cakap. Memang satu dewan tu bersorak dan bertepuk tangan. Aura Dr Azizan memang lain. Meremang bulu roma. Bila dia start bercakap, memang fokus apa yang dia cakap. Dengar. Kalau boleh taknak kelip mata.

Masa tu tak tau kenapa, apa yang dia cakap tu terus ke hati. Masuk masuk masuk....xde reject pun. Pas tu Afdlin Shauki pulak bercerita atas pentas. Memang seronok, lawak dan cerita beliau, perghh...buat orang bersemangat.

Itu baru seminar. Klinik....macam orang demam pi klinik. Tapi kalau yang sakit parah tu, baru pi hospital jumpa pakar kana, buat pembedahan bagai...

Habis jer seminar, Dr Azizan bagi penerangan tentang kursus beliau yang lain-lain tu. Antaranya IMKK. Masa tengok harga tu, Ya Allah, mahalnya. Dah diskaun pun rasa mahal lagi.

Tapi masa tu terbalik pulak, suami akak yang lebih bersemangat nak join IMKK tu. Dalam hati akak ni, mahal la, lain kali la kot. Dalam hati je la, tak berani nak cakap. Sebab pergi klinik tu pun akak yang ajak, kan?

Suami akak yang memang bersemangat nak pergi, macam sedikit kecewa. Ye la, tak bawak duit. kalau tak daftar masa diorang ofer harga rendah tu, nak beli online, mahal la pulak.

Akak pun pening....akhirnya, ahah! Guna la ia diwaktu terdesak. swipe jer....

Ingat nak g 2 orang, tapi takpelah, akak mengalah, biar la cik abang g dulu....Dah daftar,setel. Lega.

Keluar je dari bangunan, rasa semangat dah lain. Macam orang baru dilahirkan. Rasa positif sangat.

Sepanjang perjalanan balik tu, suami tak banyak cakap. Diam je. Nampak ada perubahan.  Akak cakap, baru dia cakap. Tapi memang akak puji la, klinik tu memang bagus.

Akak g klinik tu pun sebab nak temankan suami je. Kalau tak dia taknak pergi. Tapi kesan pergi klinik usahawan tu, memang sangat sangat sangat mengubah diri akak. Otak ni rasa lega, kosong....semangat baru. Senyum lebar cam gambar DrAzizan. Hahaha!!!

Masa tu rasa nak berniaga la pulak, padahal tak reti pun. Pandang kiri kanan semua nampak duit je. Semua boleh dijual dan dijadikan perniagaan.

Memang terbaik Klinik Usahawan Dr Azizan 2015. Awesome!!! Best sesangat!!

Tunggu cerita ttg IMKK pula tau!!  


























Cerpen Kehidupan-AirMata Abah (1)

Pak Ajis menguis kayu pangkin yang didudukinya dengan jari. Dah reput sedikit tapi masih boleh menampung berat orang. Dipandangnya susun letak kayu papan dengan teliti. Kemas dan teliti walaupun tidak secantik yang terdapat di kedai.

Hmmmm...dah 23 tahun kau berjasa, tapi tiada siapapun yang menghargai jasa engkau. Riak wajahnya menunjukkan kesedihan. Tangannya, walaupun dah berkedut dan semakin menonjolkan tulang rangkanya, masih kuat melakukan kerja-kerja rumah.

Setelah penat mengemaskan taman bunganya yang semakin berseri dengan pelbagai jenis bunga dan pokok renek, Pak Ajis akan berehat seketika di pangkin kayu buatannya yang terletak di bawah pokok rambutan yang rimbun dengan dedaun menghijau.

Begitulah setiap hari Pak Ajis menghabiskan sisa hidupnya yang semakin meniti senja. Kudratnya yang tidak seberapa, sudah tidak mampu untuk bekerja. Majikan pun tidak mahu menggaji warga emas sepertinya walaupun hanya menjadi pengawal keselamatan.

"Lu sudah tak kuat ma...kalau itu olang jahat datang aaa, mau curi barang, lu lawan...lia satu kali hantam sama lu aaa, masuk hospital sapa susah? Aiya, tak bole la...wa mau cari orang yang kuat jaga ini stor." Itulah jawapan yang diterima Pak Ajis ketika dia memohon jawatan di Kilang Papan Soon Huat sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti kerja sebagai penyelia di Kilang Plastik Mei Mei selama 34 tahun.

Seramai 20 orang pekerja kilang itu telah ditawarkan VSS (Skim Perberhentian Sukarela) termasuklah Pak Ajis. Gaji akhir yang diterimanya didarab dengan tempoh dia berkhidmat di syarikat itu membuatkan Pak Ajis mula merancang wang yang akan diterimanya.

*****

" Waaahhh, Pak Ajis dah jadi orang kaya baru la dikampung ni!" Lebar senyuman Pak Ajis bila di puji Bedul ketika bersarapan roti canai dan teh tarik di warung Tok Wan. Bedul yang baru tiba duduk bersebelahan Haji Man.
'Wan, macam biasa." laung Haji Man pada Tok Wan yang sedang membancuh teh tarik.

"Banyak ke dapat Ajis?"Tanya Haji Man memandang dengan penuh minat. "Boleh le kamu pergi Haji hujung tahun ni." Sambung Haji Man lagi.

"Banyak tu idak ler...tapi bab pergi haji tu, Insya-Allah, minggu depan aku nak pi Tabung haji daftar dengan orang rumah kat KL nun. Ada nada gembira dalam bicara Pak Ajis. Teh tarik dan roti canai telur yang dipesan Haji Man sudah tiba. Aromanya menaikkan selera dan mambuatkan Bedul terliur.

"Pak Ajis, belanja la kitorang roti canai hari ni,"sampuk Beduk, mana la tau dapat makan free pulak dia hari tu. Jimat sikit duit dia, boleh la dia simpan untuk masa depan.

"Huishh kamu ni! Asal orang ada duit je, mintak belanja. Asal orang untung sikit je, mintak belanja."

"Hehehe...idak lerr selalu Pak Man ooiii....baru la hari ni saya nak mintak Pak Ajis belanja. Bukan luak pun duit yang berkoyan tuh." Jawab Bedul tersengih lebar sambil mengelak tubuhnya dari disiku Haji Man.

Pak Ajis segera melambai Tok Wan yang sedang menyusun bungkusan nasi lemak di meja makan. "Wan, kau bagi apa yang si Bedul ni nak makan hari ni. Nanti kau kira semuanya sekali, aku belanja hari ni."Tok Wan mengangkat ibu jari tanda bagus.

Kata-kata Pak Ajis diiringi dengan sorakan kegembiraan beberapa orang kampung yang berada di gerai Tok Wan.

"Tok Wan, saya nak Milo ais tapi ais kurang ye...!" laung Bedul sambil mencapai 3 bungkus nasi lemak yang menjadi kegemarannya.

Pappp!!

"Aduuhhhh...sakit la Pak Wan.." tangannya menggosok-gosok kanan kepalanya yang ditepuk oleh Haji Man. Nasib baik nasi lemak yang dipegangnya tidak jatuh bertaburan.

"Aku tau le Pak Ajis kau bermurah hati nak belanja makan hari ni, tapi yang kau ni macam dah sepuluh hari tak makan apasal? Kot iye pun, jangan le gelojoh na..."

"Hehehe....takde le Pak Man, saya ambik 3 ni untuk makan tengahari dan malam sekali," ujarnya disambut gelak tawa Pak Ajis dan Haji Man.

******

Hatinya kecewa. Apa yang akan terjadi pada dirinya? Siapa yang nak menanggung makan minum dia dan isteri? Nak harapkan anak-anak, mereka pun bukannya senang. Kadang-kadang bila tak cukup duit mereka akan meminta pada Pak Ajis.

"Hai bang, termenung jauh nampak!"

"Hmmmmmm....." Pak Ajis menyambut dulang yang berisi dua cawan kopi dan kuih seri muka yang menjadi kegemaran Pak Ajis. Wajah isteri yang sentiasa tenang dipandang dengan penuh kasih sayang. Mak Su tersenyum sambil menyua piring kuih.

Kuih seri muka diambil dan disuap ke mulut. Perlahan Pak Ajis kunyah dengan gusi dan gigi yang hanya tinggal beberapa batang. Untuk memakai gigi palsu dia tak betah. Sebab tu isteri Pak Ajis, Mak Su hanya memasak dan membuat kuih yang lembut dan boleh dimakan Pak Ajis.

Bila dah tua ni, banyak sangat pantang larangnya. Karipap atau popia yang rangup pun dia taknak. Bila Mak Su masak lauk daging dan ayam langsung tak disentuh, susah nak kunyah katanya. Ikan pula hanya ikan sungai yang dimakan oleh Pak Ajis. Itupun kalau dimasak lemak cili api. Mau ditambah nasi dua tiga pinggan,memang berselera Pak Ajis dibuatnya. Lagipun bukan senang nak dapat ikan sungai sekarang ni. Kalau tidak kerana si Bedul yang rajin memancing di sungai Kilau hujung kampung ni, tak dapat la Pak Ajis nak merasa. Sanggup dia makan lauk ikan masin dengan sambal belacan je.

"Tadi anak awak telefon...." Pak Ajis memandang Mak Su sambil menghirup kopi yang sudah suam. 

"Nak pinjam duit katanya...." sambung Mak Su lagi bila dilihat Pak Ajis hanya mendiamkan diri.

"Tapi, saya dah bagitau kat Amin yang awak tak ada duit sekarang ni,"

"Habis, dia cakap apa?"

"Hmmmmm...anak awak tu, mana dia nak percaya. Dia tanya mana pergi duit yang awak dapat tu." Ujar Mak Su lagi. Dia perasan ada kerut di dahi suaminya. Kasihan dia melihat suaminya itu. Lepas satu, satu masalah yang timbul.

Mak Su masih ingat lagi ketika dia dan suaminya pergi ke bank untuk keluarkan duit sebanyak RM25 ribu. Duit itu dikeluarkan untuk di masukkan semula ke dalam akaun Tabung Haji Pak Ajis dan Maksu. Tapi malangnya ketika mereka sedang menahan teksi untuk ke Tabung Haji, datang sebuah motor dari arah yang bertentangan meragut beg yang dipegang oleh Pak Ajis. Pak Ajis cuba menarik semula beg itu tetapi gagal malah peragut itu menolak Pak Ajis pula.

Pak Ajis tercampak ke tepi longkang nyaris masuk ke dalam longkang yang agak dalam. Tangan, siku dan kakinya berdarah. Mak Su panik melihat keadaannya itu. Dia tidak peduli tentang duitnya yang kena ragut. Fikirannya hanya pada Pak Ajis, duit boleh di cari tapi suaminya itu adalah satu-satunya tempat Mak Su bergantung kasih. Mak Su mula menangis dan menjerit meminta orang membantu suaminya yang cedera parah. Beberapa orang pemuda yang kebetulan lalu disitu mengejar peragut dengan menggunakan motor.Teksi yang ditahan Mak Su tadi berhenti memberi bantuan, pemandunya menolong mengangkat Pak Ajis masuk ke dalam teksi lalu dihantar ke klinik.

Alhamdulillah kecederaan Pak Ajis tidak teruk sangat. Pak Ajis masih kuat walaupun jalannya tempang. Dia gelak kecil melihat Mak Su menangis tersedu-sedu melihat keadaan Pak Ajis seolah-olah Pak Ajis cedera teruk.

"Udah le tu, malu la kat orang....Sayang jugak awak pada saya ye," usik Pak Ajis pada Mak Su yang masih tersedu.

"Awak tu, sampai hati nak tinggalkan saya sorang-sorang. Tak kesian kat saya ke?" tanya Mak Su dalam sendunya. Tangan Mak Su ditarik lalu dikucup lembut. Terharu Pak Ajis melihat kasih sayang Mak Su yang mendalam padanya.

"Awak ni ke situ pulak. Saya ni okey je, sihat takde apa-apa masalah. Doktor pun dah cakap tadi yang badan saya ni masih kuat dan sihat walaupun umur saya dah 61 tahun." jawab Pak Ajis memujuk hati Mak Su yang masih bersedih dengan kejadian tadi.