Meh la join...

Aku Sayang Abah

Aku renung wajah Abah yang sedang tidur lena. Penat sangat agaknya. Aku perhati wajah Abah yang tenang semasa tidur, dahi Abah yang dah berkerut seribu, mata Abah yang cengkung tak cukup tidur sebab mencari rezeki untuk keluarga walaupun sepatutnya pada usia 62 tahun ni Abah sepatutnya berehat kat rumah. Aku pandang tubuh Abah yang kurus, kesiannya Abah.

Terasa perasaan sayang aku pada Abah begitu mendalam sangat. Aku memang sayang Abah, sayang sayang sayang sangat kat Abah. Dalam masa yang sama aku sedih sebab tak dapat tolong meringankan beban Abah.
Dalam tidur Abah batuk dan mengeluh. Mak cakap Abah selalu sesak nafas sampai tak boleh tidur.

Kesian Abah. Kesian Mak sebab terlalu risaukan Abah. Tapi Abah taknak pergi hospital atau klinik. Abah lebih suka beli ubat kat Kedai Singseh atau Farmasi itupun orang yang rekemen ubat tu elok, ubat ni elok. Ntah betul ntah tidak.

Hari tu teksi abah rosak, kena hantar repair, jadi sehari suntuk  le Abah dengan Mak lepak kat rumah aku. Sebenarnya memang payah Abah nak duduk kat rumah aku lama-lama. Panas punggung! Baru duduk sekejap dah nak balik.

Terus-terang cakap, aku memang panik bila Abah ada kat rumah. Seboleh-bolehnya nak bagi layanan 10 bintang kat Abah. Tapi Abah asyik cakap, "Dah la ..Biar la ...X payah la..." sampai aku rasa tak berdaya nak buat apa-apa.

Aku nak suruh abah tidur kat bilik tapi bilik anak aku berselerak dengan mainan, telekung dan tuala mandi yang bersepah. Dah la tu katil pun xde (siannya aku). Abah cakap takpe la abah tidur kat depan aje. Bilik kat rumah aku dua aje, sempit plak tu. Kesian abah.Kalau ada duit lebih memang aku nak buat bilik khas untuk mak dengan abah...kalau laaaaa...

Masa aku bagi bantal kat abah, abah merungut kat mak kaki abah kebas. Aku keras kat situ. Dalam hati ada gesaan suruh aku picit kaki abah. Tapi badan aku kaku kat sebelah abah.

Entah dari mana datangnya semangat, aku terus picit kaki abah dengan kuat. Abah menolak,"Sakit sikit je..." kata Abah sambil urut kaki sambil mulut mengerang kecil menahan sakit.

"Takpe takpe takpe Bah, biar orang urut!" aku berkeras. Abah tak bagi jugak aku urut, Abah rasa macam menyusahkan aku. Dalam waktu yang sama aku sedih sangat tengok Abah sakit, sedih Abah tak bagi aku urut, tapi aku kontrol airmata...cucu Abah, Syahmi ada kat situ jugak, jadi Abah suruh dia urut dengan alasan Syahmi urut lagi kuat dan terasa. Sedihnya aku.....huhuhuhu.

Aku buat tak tau je, aku terus urut kaki Abah dengan kuat sambil sapu minyak. Aku terfikir mungkin itu yang kenangan terakhir aku dengan Abah? Bila lagi aku ada masa untuk urut kaki Abah sebab Abah selalu mengelak kalau aku nak urut Abah. Abah taknak aku sakit sebab urut Abah. Itu kata Abah. Memang tangan aku tak kuat, sakit bahagian sendi bila mengurut orang dan mudah berjangkit penyakit orang. Tapi kalau untuk Abah atau Mak aku tak kisah....

Tak sampai berapa minit aku dengan Syahmi urut Abah suruh berhenti. Abah kata dah okey, tapi aku tak puas hati lagi, urut lagi sampai la Abah tarik kaki Abah perlahan-lahan.

Rasa lega sebab aku dapat urut kaki Abah. Sebabnya, masa aku kecil sampai la aku sekolah menengah, kalau Abah suruh buat apa-apa aku mesti merungut panjang. Memang menyesal dan sedih sangat bila teringat perkara yang dah lepas tu.

Dalam bilik aku menangis sepuasnya pas tu cuci muka ambik wuduk sebab dan masuk Asar. Lepas solat Asar aku baring kat depan dengan Mak dan Abah.

Malam tu, aku, Mak, dan anak-anak aku berjemaah dengan Abah buat pertama kali dirumah aku. Kalau tak silap aku kali terakhir aku berjemaah dengan Mak Abah waktu aku berumur 8/9 tahun. Sejak dari tu bila Mak datang bertandang kat rumah aku, kami akan berjemaah waktu Isyak bersama, itupun kalau Abah balik awal. 

Seboleh-bolehnya aku nak jaga hati Abah, nak buat apa yang Abah suruh, cakap elok-elok dengan Abah walaupun ada perkara yang aku tak sependapat dengan Abah. Aku taknak lukakan atau kecewakan Abah selagi hayat Abah dan aku ada. 

Aku bukannya anak manja Abah walaupun aku satu-satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga. Aku tak reti nak bermanja dengan Abah sebab sikap aku yang kasar sedari kecil.

Walaupun Abah pernah marah aku (masa kecil dulu la), aku tetap sayangkan Abah malah ianya semakin mendalam bila aku cuba memahami perasaan dan keadaan Abah.

Dulu aku cium pipi Abah hanya pada waktu tertentu sahaja, dah lama la. Tapi sekarang aku akan cium pipi Abah bila Abah nak balik.

Aku taknak jadi seperti sesetengah orang tu yang mencium orang tuanya ketika mereka sudah menjadi mayat! TAKNAK!!!!!
Aku sayang Abah aku...aku sayang Mak aku!



Kenangan Pun Berlalu-Bhgn 3

“Min, kau perasan tak, si Nazri tu dari tadi asyik pandang engkau je,” bisik Ifa perlahan. 

“Pandai la kau. Dia pandang engkau la, engkau je tak perasan.” Jawab Jasmin sedaya upaya menyembunyikan getar suaranya. 

Nasib baik Ifa tak perasan akan perubahan nada suara Jasmin. Jantungnya semakin kuat berdegup. Perutnya mula terasa kecut. Tak sabar-sabar rasanya Jasmin hendak pulang tapi majlis baru sahaja hendak bermula.

Ayah Fida, Pak Saleh memulakan doa dengan bacaan al Fatihah.  Selesai sahaja doa dibaca, kakak-kakak Fida menghulurkan makanan dari dapur untuk di jamu kepada teman Fida yang hadir.

‘Waaahh, mak kau masak mee bandung dengan bubur durian la! Laparnya perut aku. Nasib baik aku tak makan malam lagi.” Ceria suara Ifa melihat makanan yang dihidangkan. Fida hanya tersenyum.

“Makan la banyak sikit. Nanti aku bungkus untuk korang bawak balik.” Ifa bertepuk tangan kegembiraan bila mendengar kata-kata Fida.

Jasmin hanya menjamah sedikit sahaja makan yang dihidangkan. Dia menyiku Ifa supaya segera makan.

“Kejap la….aku nak tambah lagi ni.” Balas Ifa bila Jasmin mengajaknya pulang.

Secara tak sengaja mata Jasmin bertembung dengan Nazri. Nazri tersenyum pada Jasmin namun dibalas dengan jelingan oleh Jasmin.

Kisah Mica dan Barni

Mica hanya memandang nasi lemak yang dimasak ibunya dengan pandangan kosong. Mak Mah pelik sebab biasanya Mica lah orang pertama yang meluru ke meja makan untuk merasai nasi lemak yang menjadi kegemarannya.. Berkerut-kerut wajah Mica seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Adiknya Barni sudah  menambah nasi dan sambal ikan bilis bersama ayam gorang kegemarannya tapi nasi lemak Mica masih tak luak-luak.

“Mak….,simpankan nasi lemak untuk Mica ye. Tengahari nanti Mica makan. Sekarang ni Mica tak ada selera la….” Ujar Mica seraya menuju ke sinki untuk mecuci tangan. Mak Mah hanya memerhati kelakuan Mica yang pelik. Barni turut berasa hairan dengan kelakuan kakaknya. Dengan segera dia menghabiskan nasi lemak yang berbaki dan tergesa-gesa minum air milo hingga hampir tersedak.

“Parlahan la minum tu, entah apa yang nak dikejarnya ntah,” tegur ibu Barni, menggeleng kepala melihat sikap gelojoh Barni.

Barni terus berlari mendapatkan kakaknya yang sedang berbuai di buaian bawah pokok Nangka. Buaian itu di buat oleh ayah mereka sebelum pergi bertugas di Pahang. Ayah Mica dan Barni bekerja sebagai polis hutan. Dia seringkali meninggalkan mereka dua beradik kerana perlu menjaga negara dari gangguan saki baki Komunis yang bila-bila masa boleh mengganas.

Sirah Nabi sempena Maulidur Rasul 1432H



Adalah penting untuk kita semua mempelajari dan mengetahui sirah nabi supaya terbit perasaan cinta dan kasih pada Nabi Allah.

Semoga dengan mempelajari sirah Nabi bertambah la kecintaan kita pada Nabi SAW dan selalulah berselawat untuk medapatkan syafaat di akhirat-Insya-Allah.

Bersama Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW




Suka sangat nasyid ni, Teringat masa kecil2 dulu tak suka tapi dah besar ni terngiang2 kat telinga lagu ni. Tu yang cari sampai jumpa. Alhamdulillah. Kepada yang mendengar, jangan lupa selawat ke atas Nabi kesayangan kita dan menyertai sambutan Maulidur Rasul di tempat anda.