Meh la join...

Kenangan Pun Berlalu-Bhgn 3

“Min, kau perasan tak, si Nazri tu dari tadi asyik pandang engkau je,” bisik Ifa perlahan. 

“Pandai la kau. Dia pandang engkau la, engkau je tak perasan.” Jawab Jasmin sedaya upaya menyembunyikan getar suaranya. 

Nasib baik Ifa tak perasan akan perubahan nada suara Jasmin. Jantungnya semakin kuat berdegup. Perutnya mula terasa kecut. Tak sabar-sabar rasanya Jasmin hendak pulang tapi majlis baru sahaja hendak bermula.

Ayah Fida, Pak Saleh memulakan doa dengan bacaan al Fatihah.  Selesai sahaja doa dibaca, kakak-kakak Fida menghulurkan makanan dari dapur untuk di jamu kepada teman Fida yang hadir.

‘Waaahh, mak kau masak mee bandung dengan bubur durian la! Laparnya perut aku. Nasib baik aku tak makan malam lagi.” Ceria suara Ifa melihat makanan yang dihidangkan. Fida hanya tersenyum.

“Makan la banyak sikit. Nanti aku bungkus untuk korang bawak balik.” Ifa bertepuk tangan kegembiraan bila mendengar kata-kata Fida.

Jasmin hanya menjamah sedikit sahaja makan yang dihidangkan. Dia menyiku Ifa supaya segera makan.

“Kejap la….aku nak tambah lagi ni.” Balas Ifa bila Jasmin mengajaknya pulang.

Secara tak sengaja mata Jasmin bertembung dengan Nazri. Nazri tersenyum pada Jasmin namun dibalas dengan jelingan oleh Jasmin.


Entah kenapa hati Jasmin berasa sakit sangat. Bagai diramas-ramas ketika melihat Nazri  berbicara dengan seorang perempuan yang meminta Nazri menghulurkan mangkuk mee yang sudah kosong untuk di tambah.

Cemburukah dia? Apa haknya untuk cemburu sedangkan dia dengan Nazri tidak mempunyai apa-apa hubungan. Jasmin semakin rimas dengan situasi itu. Dia rimas dengan pandangan Nazri yang tajam memandang ke arahnya. Dia juga rimas dengan degupan jantungnya yang kuat setiap kali bertentang mata dengan Nazri.

****

Nazri berdoa dalam hati supaya Jasmin memandang ke arahnya. Dia dapat merasakan sesuatu bila Jasmin menjeling seolah marah padanya semasa Ina meminta Nazri menghulurkan mangkuk mee yang sudah kosong kepadanya.

Nazri tergelak sendiri. Agaknya Jasmin cemburu, fikir Nazri. Cemburu? Bukankah cemburu itu tandanya saying? Fikir Nazri lagi. Adakah Jasmin juga suka padanya? Nazri masih tidak bertemu jawapan kerana Jasmin seolah-olah mengelak untuk bertentang mata dengannya.

Nazri masih lagi memerhati Jasmin yang kelihatan gelisah. Suka Nazri melihat gelagat Jasmin yang resah bila berhadapan dengannya. Bibir Nazri tersenyum lebar bila Jasmin secara tidak sengaja menoleh ke arahnya.

Walaupun sedikit kecewa kerana senyumannya tidak berbalas, dia pasti suatu hari nanti Jasmin akan mengerti perasaannya.

“Woi Nazri, kau ni nak makan ke taknak? Tersengih-sengih macam kerang busuk!” tegur Yusri sambil memandang arah renungan Nazri.

“Ooo kau minat Ifa ye? Kalau nak, nanti aku kenalkan kau dengan dia,” Yusri menepuk bahu Nazri sambil tersengih. Nazri hanya menjeling sambil tersenyum sinis.

Ketika dia memalingkan pandangannya ke arah Jasmin, Jasmin sudah beredar dari tempatnya menuju ke dapur membawa beberapa mangkuk kotor ditangannya. Nazri memandang dengan kecewa. Dia mengeluh kecil dan menarik nafas panjang. Tiba-tiba Yusri menyampuk.

“Haaa, Jasmin tu aku punya. Kau jangan nak kacau dia. Aku tengah ayat dia.” Ujar Yusri dengan mulut yang penuh dengan mee.

Berubah wajah Nazri ketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yusri.

“Dia tu awek engkau ke?” tanya Nazri serius. Selera makannya mati serta-merta. Mee rebus yang masih berbaki di dalam mangkuk di tolak ke tengah. Tangannya segera mencapai air sirap lalu minum dengan sekali teguk untuk menyejukkan hatinya yang panas.

“Belum lagi la…..tapi aku tengah nak jadikan dia, awek aku yang spesel!” jawab Yusri dengan wajah selamba.  Bengang dengan jawapan Yusri, Nazri segera bangun untuk beredar dari situ.

“Eh, kau taknak ke mee ni? Aku habiskan lah ye?” tanya Yusri pada Nazri yang berdiri dimuka pintu sambil bersalam dengan Pak Saleh dan mengucapkan selamat pada Fida.

Terbongkok-bongkok Nazri mencari seliparnya di halaman rumah Fida dengan bantuan lampu kalimantang yang suram, secara tak sengaja dia terlanggar seseorang.

Aduh….sakitnya kepala aku. Sape pulak yang langgar aku ni, marah Nazri dalam hati. Buta ke apa? Orang besar macam ni pun nak langgar, rungut Nazri dalam hati.

Bersambung...