Meh la join...

Pertama kali terbang di awan biru...BAB 1

Dup dap dup dap jantung aku berdebar. Padahal aku baru je nak booking tiket flight. Tapi dia punye keterujaan untuk menaiki kapal terbang ke destinasi yang menjadi impian sejak beberapa tahun yang lepas, melebihi dari perasaan semasa baru kahwin. Hehehe.....

Mana taknye....

Tarikh aku punya flight hujung bulan November tapi aku dah tempah flight awal bulan Mac. Sepanjang masa dalam tempoh tu aku berdebar-debar, takut, seronok dan kesal menanti waktunya tiba.

Jenuh gak aku nak pujuk hubby bercuti ke Langkawi dengan menaiki flight. Macam-macam alasan dia bagi. Tak cukup la, leceh naik kapal terbang la...bla bla bla....

Setelah banyak kali dipujuk. Akhirnya hubby setuju dan suruh aku uruskan. Pada mulanya dia ajak naik kete je senang katanya bebudak nak tidur. Tapi aku tak setuju sebab jauh sangat, penat dok lama-lama dalam kete, pas tu nanti banyak tempat nak singgah, duit minyak lagi, berhenti makan lagi, kete kena tinggal kang ilang sape susah.....dan macam-macam alasan aku cipta yang masuk dek akal.

Aku mulakan pencarian online. Mula-mula aku baca blog dan forum berkenaan Langkawi. Macam-macam cerita yang menyeronokkan aku baca membuatkan aku lagi teruja.

Flight

Pas tu aku daftar online dengan AirAsia semestinya sebab tambang penerbangannya yang berpatutan dan mampu di beli. Pas tu aku survey harga bagi setiap cuti sekolah. Akhirnya dapat la harga yang murah sikit. Sebelum booking, aku kena confirmkan dulu dengan hubby yayang supaya dia dapat set cuti pada hari tu (padahal lambat lagi).

Dah confirm, aku pun booking. Dah booking baru aku perasan yang aku tak tau apa-apa tentang apa yang lugage dan pembelian makanan dalam flight.

Aku bukak balik blog dan forum untuk baca tentang lugage dan apa-apa yang berkaitan dengan fligt terutamanya safety. Tapi aku masih blurrrrr...

Ah lantaklah! Aku tawakal je. Sebab aku memang takde experience langsung tentang lugage & beg-beg yang boleh dibawa naik dalam flight. Tak banyak blog yang bercerita tentang lugage. Terutama untuk famili macam aku ni.

Aku buat keputusan untuk beli 3 lugage pegi dan 4 lugage balik! Sebab aku fikir, pegi memang bawak banyak baju (termasuk anak aku yang dua orang tu), balik lagi la banyak sebab barang shopping!

Dah beli lugage, buat tempahan seat sebab taknak anak-anak berterabur duduk dalam flight, aku terfikir untuk beli set makanan...hmmmm mesti best makan di atas awan....aku booking 2 set Nasi Ayam dan Air Mineral. Ok la harga dia memang berbaloi, rasa dia pun sedap tapi kena kongsi dengan anak-anak. Dan confirm semua nama yang aku masukkan betul ejaannya (xnak ada masalah dikemudian hari sebab aku dengar kalau ejaan nama salah, nak buat pembetulan nama pun kena bayar, memang leceh).

Dah setel aku terus buat pembayaran. Fuh lega....dah confirm pegi Langkawi ni takleh kensel-kensel.

Sebulan lepas tu aku cek lagi kot ada blogger baru cerita pasal Langkawi atau pengalaman diorang menaiki flight. Memang ada....aku miss klik kat forum Melayu yang banyak bercerita pasal pengalaman pertama kali menaiki flight.

Lupa lak aku nak cakap kat korang, aku ada tempah gak tiket bas Skyline dari KL Sentral ke LCCT (pergi balik). Okey la harga dia murah la kalau tempah online banding dengan korang main naik dan bayar kat situ gak. Tak payah la korang nak travel bawak kete dari rumah ke LCCT. Penat oooo...dah tu parking penuh je manjang. Entah ingat ntah tidak korang parking kat mana. Aku pun dah booking teksi adik aku untuk hantar dan jemput aku kat KL Sentral tu. Nama pun bercuti kena la santai jangan menyusahkan diri sendiri.

Lugage

Baru aku faham pasal lugage tu. Bagi famili macam aku ni, kalau bercuti ke Langkawi 3H2M, patut tak payah la ambik lugage sampai 3. Aduuuuuuhhhh ruginya!! Takpe la nak wat camne, jadikan pengajaran selepas ini.

Bagi beg yang kurang dari 7 kilo, boleh la bawak sekali naik flight. Harga lugage tu pun mahal dalam $20 bagi berat sehingga15kg (kalau tak silap aku dah lupa la pulak). Caranya korang boleh guna beg sukan atau beg sekolah anak-anak untuk isi baju mereka dan dibawa mereka sendiri. Maknanya, baju sendiri-sendiri isi, sendiri bawak dalam beg. Tapi kalau korang combined semua baju dalam 1 beg besar, sah-sah beratnya lebih dari 7 kg, ambik la 1 lugage je, maknanya naik flight nanti lenggang kangkung la....untuk balik je baru korang tambah 1-2 lugage kalau korang rasa korang nak shopping sakan. Tapi jangan lupa tempah awal-awal, kalau korang masa balik tu baru nak beli lugage, lupakanlah...lagi mahal harga dia berbanding online ni.

Macam aku, aku bawak 2 beg besar. I beg lebih 8 kilo, 1 lagi 6 kilo lebih tak cukup 7 kilo.. Tapi 2-2 aku masuk dalam kargo. Ye la sebab dah bayar lugage. Letih la nak angkut dalam flight dan aku dah rugi 1 lugage. Xpe la.....sabar je la...Oye lupa aku nak cakap, kat LCCT ada tempat timbang beg. Jangan risau kalau beg anda terlebih berat dari yang ditetapkan semasa membeli lugage, anda boleh keluarkannya, masukkan dalam beg lain dan bawak naik flight.

Baju yang aku bawak memang banyak la untuk 3 hari punya pakai. Aku, hubby dan 2 orang anak perempuan yang memang suka bertukar baju (kalau dah berjalan sehari suntuk takkan nak pakai baju yang sama pulak esoknya-bau achem x bley tahan, nak basuh pun x sempat). Siap bawak towel sorang 1, telekung 2 pasang, sejadah, baju sejuk sorang 1, hmmmmmmm....banyak juga la walaupun aku dah terfikir yang aku tak perlu bawak banyak2 sebab nak beli baju Langkawi (dah jadi tabiat mesti nak beli baju yang ada nama tempat yang aku dan keluarga bercuti). Dan tak lupa jugak baju basahan untuk anak aku mandi-manda di tepi laut nanti, sikat,sabun, syampu dan berus gigi.

Kalau sesapa yang nak bawak periuk nasi naik flight pun boleh apa. Mana tau kot-kot korang dah planning nak masak sendiri ke taknak makan kat kedai. Bungkus elok-elok dalam kotak pas tu bawak je masuk flight takyah masuk dalam kargo sebab ringan je....tapi kalau pisau (apa jua jenis pisau) korang kena letak dalam bungkusan/beg dan masuk ke dalam kargo walaupun pisau tu ada 1 je dan kecil. Itu memang syarat kastam. Wajib diikut. Bagi sesape yang bawak baby tu nak angkut kereta sorong masuk dalam flight pun boleh. Tapi sampai ke tangga flight je la pas tu kena lipat, sumbat kat bahagian atas tempat duduk.

 Penginapan

Aku terlupa yang aku ni pergi bercuti ke Langkawi pada musim cuti sekolah hujung tahun! Bulan 5 aku ada survey tempat penginapan di Langkawi. Mak oiiii!!! Mahal gak (bagi aku rege RM 150 ke atas tu mahal la....hehehe). Aku survey je tapi xde la booking ingat serbu je bila dah sampai sana.

Antara web yang menyediakan harga yang rendah dan berpatutan adalah AGODA. Mula-mula aku tak yakin...maklum la takut xde bukti hitam putih atau kena tipu. Jadi aku survey je la harga yang murah. Memang banyak, dari hotel/chalet yang bertaraf 5 bintang hingga la lodge yang bertaraf 1 bintang. Aku pun dah compare harga yang AGODA dan beberapa web yang menawarkan perkhidmatan online ni, dan ternyata AGODA menawarkan harga yang paling rendah bagi hotel/chalet/lodge yang sama. Ala beza dalam 2-3 ringgit je tapi bagi orang yang macam aku ni, perkara macam tu di ambil kira.Dan tiada bayaran tersembunyi.

Lagi 2 bulan nak terbang ke Langkawi, baru aku teringat cuti sekolah mesti ramai orang yang bercuti ke Langkawi. Alamak!!!

Kelam kabut aku masuk ke laman web AGODA, hampir 80% hotel/chalet/lodge yang murah-murah dah kena booking. Siap bagitau berapa orang yang tengah tengok tempat tu dan tempoh yang ada sebelum pihak AGODA memberitahu yang bilik tu dah di booking.

Aku tak pernah pi Langkawi, xde idea keadaannya macam mana. Jadi kebetulan Pak Sarip Tokey Roti Canai yang famous kat Kundang ni lalu, aku tanya la kat mana dia menginap masa pi Langkawi tahun lepas. Dia suruh aku cari kat Chenang. Sebab situ dekat dengan pantai dan banyak hotel.

Memang banyak membantu dan memang tepat pilihan Pak Sarip tu. Nasib baik ada lagi satu lodge yang murah menawarkan 2 bilik, 1 bilik untuk famili (ada 1 katil besar dan 1 katil bujang ) dan 1 bilik untuk couple. Jadi aku harga 3H2M termasuk sarapan pagi, RM238.00.

Aku confirm dengan hubby, hubby setuju. Zaasssssssss.....confirm dah booking dan bayar. Pas tu AGODA akan emailkan kat kita, reservation slip siap dengan harga dan cukai. Tapikan, once korang dah bayar, jangan la kensel sebab AGODA kenakan caj yang tinggi gak untuk cancellation tu, tak berbaloi. Kalau korang tak yakin nak tinggal kat mana-mana hotel, korang booking je dulu jangan bayar. Mana la tau kot-kot ada duit lebih, nak dok hotel yang mewah plak kan.....

Kereta Sewa

Fuhhhh lega....flight dengan tempat penginapan dah setel booking. Hmmmmm...sekarang ni aku kena cari kereta sewa plak. Ye la, dah sampai Langkawi, namanya pun Pulau, mesti la aku dan famili nak pusing 1 Langkawi tu. Mana la mampu nak bayar teksi sewa atau van pelancong. Pun tak sampai hati nak menyusahkan diorang anta aku dan famili merayau merata Langkawi tu.

Mak Oiiiii...mahalnya harga kereta sewa time cuti sekolah ni. Pening aku dok survey sume harga RM120 keatas. Aduh duh duh duh.....mana nak korek $$$ ni.

Akhirnya aku termasuk kat satu blog ni Teluk Yu Holidays. Cari punya cari, akhirnya ada satu kereta kancil warna silver untuk di sewa pada musim cuti sekolah bulan November 2011. Ahah! Harga pun okey RM70 sehari. Sesuai untuk keluarga aku yang kecil. so aku pun email Cik Ieta, bayar deposit dan dalam seminggu dia akan email resit. Cik Ieta suruh aku call bila dah sampai ke Langkawi. Baki duit aku kena bayar masa Cik Ieta ni hantar kereta. Pas ni kalau aku ke Langkawi lagi, aku nak amik pakej je dengan Cik Ieta ni, memang murah la harga untuk kereta sewa+homestay untuk 3H2M.

Alhamdulillah....semuanya dah aku setelkan. Semoga perjalanan aku dan keluarga ke Langkawi berjalan lancar.
Lepas ni aku akan bercerita pulak pengalaman aku nak bertolak ke Pulau Langkawi. Tunggu!

Saguhati RM3k.....Kenapa Bekas PolisTak Layak???

Aku tak tau la kenapa pemikiran aku x sama dengan orang lama ataupun orang politik. Bagi aku, setiap apa yang diperkataankan perlukan huraian yang lebih lanjut dan mendalam. Dalam erti kata lain, jangan melihat yang tersurat tapi yang tersirat.

Pada mulanya aku tak heran sangat dengan saguhati RM3000 yang diberi oleh kerajaan kepada bekas2 polis,SC, Home Guard, Jungle Scout dll. Sebab bapak aku bekas polis konstabel dan seperti yang abah katakan yang beliau tidak layak mendapatnya kerana mula bekerja pada tahun 1969.

Tapi oleh sebab aku ni jenis yang suka sangat mencari kesalahan fakta, aku pun survey latar belakang kerja abah kat mak aku. Sebab aku teringat yang abah pernah bertugas di Sarawak. Korek punya korek punya korek, akhirnya aku dapat tahu yang abah pernah bertugas semasa darurat di Sarawak iaitu di Binatang, Kuching dan Bau pada tahun 1971-1972 dalam misi menentang komunis yang digelar PARAKU.

Bila dah dapat fakta, aku pun berdebat dengan abah tentang kelayakan beliau untuk mendapatkan saguhati (maklum la abah dah warga emas, dalam tak larat masih juga mencari rezeki dengan membawa teksi untuk menanggung keluarga-jadi aku harap dengan saguhati ni dapat la meringankan bebannya).

Abah ditugaskan dibawah pasukan Jungle Scout. Seperti yang aku duga, abah kata yang dia tak layak untuk memohon kerana ia untuk Sarawak sahaja. Pulakkkkkk!!!!

Puas aku terangkan tapi pemikiran abah tetap tak berubah. Abah cakap abah tak keje lagi masa darurat yang berlaku di Semenanjung.

Suara abah dah mula keras melawan pendapat aku. Abah kata abah hanya polis konstabel bukan termasuk dalam senarai penerima. Tapi aku tetap berkeras yang abah layak terima kerana beliau bertugas di bawah pasukan Jungle Scout, kenapa tak boleh pulak?

Lama-kelamaan  abah boring nak bertekak dengan aku, dia suruh aku uruskan. Alamak!!! Pandan muka aku!

Aku tergerak nak tipon kawan abah yang pernah bertugas sama dengan abah. Rupa-rupanya ramai bekas konstabel polis yang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak layak menerima. Hmmmmm.....ada yang sependapat dengan aku (masa tu rasa kembang aaa..) tapi nak buat camne, orang atasan cakap tak boleh, x boleh la, kata kawan abah.

Tapi menurut kawan abah, diorang akan bawa perkara ni ke pihak yang lagi atas. Sebabnya satu je, mereka semua pernah bertugas menentang komunis walaupun mereka hanya polis konstabel. Malah ada yang cedera parah dan meninggal dunia dalam misi mempertahankan negara tapi malangnya jasa mereka tidak diiktiraf.

Gambar abah masa muda, segak berpakaian polis, aku simpan. Aku harap ada pihak yang akan ambil berat akan perkara ini, Insya-Allah.

Tebus Talak...

Aku nak cerita ringkas je pasal tebus talak ni...
Perkara ni berlaku pada adik aku...setelah 4 tahun ditinggalkan isteri yang langsung tak pedulikan tentang dia mahupun anak-anak, akhirnya si isteri yg aku gelar A muncul semula.

Dipendekkan cerita, si A ni akhirnya setuju dengan permintaan adik aku untuk bercerai secara tebus talak. Aku selamba la tanya dia, dah ada pengganti baru ke? A dah nak kawin ke?

Tapi soalan aku x dijawab. Dia setuju dengan jumlah yg adik aku minta tahun 2007. Hek eleh, itu dulu...lama dah sekarang ni xnak de adik aku mintak jumlah tu.

Tapi aku xde la cakap macam tu kat dia. Aku cakap yang aku akan bincang dengan adik aku dulu. Dan seperti yang aku duga adik aku dah up jumlah tebus talak ke RM30k.

Disebabkan rasional, aku nasihat kat adik aku supaya tolerate la dgn si A ni, jgn la over plak. Ngada-ngada plak adik aku ni....mana la bini dia tu nak korek duit bayar. Boyfriend dia ada, selamba je adik aku jawab.

Nasib baik aku sabar, kalau tak nak je aku pelangkung adik aku tu, pas tu aku terajang dia keluar. Bukan apa, dah la aku yang kena uruskan semua hal dia nak bercerai-berai ni, urusan bincang duit tebus talak ni pun aku jugak yang kena jadi orang tengah.

Ingat senang ke jadi orang tengah ni. Tensen tau. Banyak lagi keje aku yg lain. Last-last aku cakap kat adik aku, mintak je rm**** udah le. Kalau nak lebih ko cakap sendiri kat bini ko tu.

Mula-mula adik aku okey, tapi lepas kena cucuk dengan member dia, cepat je dia berubah. Bila aku nasihat balik baru dia okey. Pening tau! Berapa kali aku nak kena nasihat adik aku ni, bukannya dapat upah pun.

Tiap-tiap hari si A call aku, tanya borang dah isi, dah hantar pi cop pesuruhjaya sumpah ke....pening aku la...aku bagi la alasan adik aku x buat lagi.

Agaknya di memang nak cepat bercerai dengan adik aku ni, jadi dia la isi borang sume, siap bagi copy kat aku untuk pas kat adik aku. Okey la...dia pun setuju dengan jumlah yang adik aku mintak.

Sebulan lepas tu kitorang pi mahkamah.Aku bawak la sekali anak-anak dia jumpa mak diorang yang dah lama tak jenguk diorang ni. Boleh pulak dalam masa tu, si A ni tak bawak duit yang cukup. Aduh....bengangnya aku. Dia ni memang bermasalah la...

Dah la masa hakim panggil, x boleh nak jatuh cerai sebab salah borang. Pas tu hakim tu suruh isi borang baru hari tu jugak mungkin nak setelkan kes tu ari ni jugak kot.

Bila ke kaunter, staff tu pulak cakap borang untuk tebus talak xde. X pernah tengok. Adoiii...amende la diorang ni. Agaknya kes tebus talak tu pertama kali bagi area situ kot!

Lama gak la kitorang tunggu borang tu sampai habis la cerita Movie BARBIE kat tv3. Satu hal aku kena pujuk adik aku supaya setuju dengan jumlah yang si A bawak.

Angin tak angin satu badan aku ni. Bukan si A tak tau perangai adik aku yang baran tu. Satu hal plak aku kena pujuk adik aku. Dah memang adik aku taknak terima jumlah tu!

Adik aku cakap, boleh tunda hari lain sampai cukup duit. Tapi si A asyik push aku mintak tolong nak setel ari tu gak. Jenuh la aku ke hulu ke hilir nak setel benda ni. si A pujuk mak aku cakap dengan adik aku, tapi mak aku taknak.

Si A punya la berjanji bersumpah yang dia akan bayar baki duit tu dalam minggu tu jugak.
Akhirnya aku bawak la kakak si A ni jadi penjamin kepada kata2 adik dia tu. Maknanya,kalau si A tak bayar, kakak si A ni yang akan bayar.

Selamba adik aku cakap depan kakak ipar dia yang si A ni penipu besar! (memang pun)...

Tapi lepas di pujuk rayu aku dan kakak si A ni, lembut jugak la hati adik aku untuk bertolak ansur.
Tak sampai 2 minit berbincang, hakim panggil masuk untuk bicara kes.

Nasib baik la otak adik aku ni cerdik, dekat hakim dia kata jumlah sebenarnya adalah sebanyak RM**** tapi defendan akan membayar RM1k baki akan dibayar dalam tempoh seminggu. Hakim merekod keterangan adik aku dan meminta persetujuan dari si A yang bersetuju.

Akhirnya jatuhla talak 1 ke atas A, dan seperti biasa dia kena menjalani iddah selama 3 kali bersuci sebelum nikah. Tapi sekiranya si A dan adik aku nak rujuk semula, mereka kena nikah dulu seperti biasa.

Berikut adalah ungkapan talak yang diucap oleh adik aku:
   
            Saya, ****** menceraikan ******* secara tebus talak sebanyak RM****.

si A pula menjawab:

           Saya, ******* menerimanya seperti yang tersebut.

Dalam tempoh sebulan dari tarikh pencerai tu, surat perintah akan dikeluarkan, dan adik aku kena ambik surat perintah tu yang bernilai RM29.00 sebelum membawanya ke pejabat Agama untuk mereka keluarkan surat cerai.

Wallahualam.

Aku tak suka Interview....!!!!

Pada Jumaat lalu aku menerima panggilan dari kawan sekerja lama.

"Ei, U nak kerja tak?"
"Haaa! Nak nak. Tapi...boleh ke I kerja sana?"
"Bole maaa...lagipun ini *a*k"
"I sudah tua la....hehehe.."
"Aiya....brape umur U?"
"**..."
"Muda lagi maa....lagipun U banyak experience...I perlukan staff untuk gantikan Aida. Dia punya last day this May..."
"What post?"
"Exec....U mau tak?"
"Mau,mau..."
"Ok, U hantar surat and resume may by next week aaa..."
"Ok,ok."

Letak je telefon, aku terus taip CV dan surat permohonan kerja. Bercelaru jugak la kepala aku nak meng'ayat' dalam bahasa Inggeris. Berdebar-debar dada ku dek keterujaan mendapat ofer yang tiba-tiba.

Hari Isnin, aku pi hantar surat tu kat member aku. Busy gak dia dok menulis report. Dalam kepala otak aku terfikir, alamak lepas ni mesti kena panggil interview. Aku paling x suka pi interview la....

Aku masih berdebar-debar tapi xnak la mengharap sangat nak dapat kerja ni.
Takut frustrated. Tapi masih gak mengharap sebab aku suka kerja ni.

Seminggu lepas tu, hari Jumaat jugak tapi waktu malam. Aku cek hp ada miss call. Sape lak ni tipon memalam buta (xde la malam sangat dalam pukul 9).

Tergerak hati aku nak call balik. Rupa-rupanya somebody dari company yang aku apply kerja tu yang call. Dia nak set appoinment untuk interview dengan aku. Aku cakap aku tak kisah bila-bila. Setelah persetujuan di capai, hari interview aku ditetapkan pada hari Isnin jam 9.00 pagi. aku kena bawak semua dokumen dan sijil yang original.

Dup dap dup dap jantung aku start pada malam aku terima call tu sampai la ke hari aku nak interview tu. Tak tau apa yang aku nervous sangat. Tensen tau sebab aku xleh fikir perkara lain selain dari soalan-soalan yang akan dia tanya masa interview tu.

So aku pun buat preparation untuk soalan yg bakal di tanya. Antaranya:-

*Tell me about yourself?

*Why you quit form your previous job?

*What is your expected salary?

So, aku pun buat la karangan untuk jawapan di atas, tapi x dapat nak ingat sangat sebab terlalu panik (sebab tu la aku tak suka interview).

Pagi Isnin, aku keluar dari rumah jam 8. Ingatkannya aku akan sampai paling awal pun dalam pukul 8.40. Tapi x ku sangka hari Isnin adalah hari paling jem. Start dari KTM Sg Buloh kenderaan mula bergerak perlahan dan terhenti-henti.

Aku dah suspense. Boleh ke sampai on time ni.....hubby kat sebelah suruh bersabar. Masuk ke area Damansara Damai, lagi teruk sebab kereta dari arah Damansara Damai, Kg Desa Aman, tol Sg Buloh dan Seirramas berpusu-pusu keluar waktu tu menyebabkan jalan jem yang amat.

Sikit-sikit kereta bergerak. Masa tu aku mohon kat Allah supaya dipermudahkan urusanku dan aku taknak jadi orang yang mungkir janji (termasuk dalam golongan munafik)

Lawak-lawak KE, SY dan Kiril langsung tak buat aku gelak. Time tu la entah tetiba aku cuba nak cari kesalahan hubby sebagai punca kelewatan aku, padahal bukan salah dia. Tapi aku tak luahkan. Aku taknak tersalah kata yang boleh menyebabkan pergaduhan.

Aku beristigfar dalam hati, dan menyalahkan diri sendiri kerana tak keluar awal. Macam mana aku boleh tak terfikir yang hari Isnin memang keadaan jem adalah luar biasa? Mungkin sebab aku terlalu panik nak g interview ni kot...Nasib baik la aku tidak mengikut kehendak suami yang ajak bersarapan dulu. Kalau tak lagi lambat la aku. Aku berzikir dalam hati doa Nabi Hud.

Akhirnya, Alhamdulillah dalam masa 2 minit (kalau ikutkan area Kepong tu terlalu banyak traffic light akan ambil masa dalam 15 min untuk sampai), aku ngam-ngam sampai kat regional office tu jam 9.00 pagi.
Sampai kat situ, manager-in-charge belum sampai lagi. Sorang staff ni bawak aku ke bilik meeting dan suruh aku isi borang dulu.

Selesai je isi borang, sampai la amoi yang comel dan kecil molek menyapa aku sambil tersenyum. Interview tu pun start la.

Dan seperti yang diduga, aku memang buntu tapi main hentam jawab je sebab ia berkaitan kerja yang pernah aku buat dan adanya recommendation dari member aku tu.

Good, good, good....itu je la jawapan amoi tu. Pas tu dah setel soal jawab, aku ingat dah boleh balik, rupa-rupanya ada pulak TEST!

Arrrgghhhhhh........................tensennya aku.

Ada soalan BI, Math & Esei BI. Y Allah! apa punya BI ni....memang standard punya bahasa yang aku susah nak faham dalam keadaan buntu macam ni. Aduh aduh aduh....Math pun dah lama aku tak buat....laaaa siap ada kuiz lagi....

Kalau korang korang buat mana dulu???

Oleh sebab aku sukakan penyelesaian, aku setelkan Maths dulu. Pas tu baru buat obj BI last sekali Esei yang lintang pukang bahasanya sebab aku nak cepat. Habis je aku tengok jam...HAAAAAAA!!!! Dah pukul 11.05???? Biar betik?

Aduuuuu...aku lupa anak aku balik sek agama jam 11. Kelam-kabut aku hantar kertas test tu. Bekejar naik kereta, kemain laju hubby aku bawak. Sambil tu, aku tipon mak, suruh mak call abang aku, nak mintak tolong dia amik anak aku tu.

Malangnya, abang aku tak dapat dihubungi. Alhamdulillah xde halangan sepanjang balik ke rumah. Sampai kat sekolah, muka anak aku toya je....aku ajak hubby singgah makan tengahari sekali sebab sarapan pun miss, interview punya pasal.

So sekarang ni aku tengah tunggu panggilan, dapat ke tak dapat. Tawakkal kepada Allah. Kalau ada rezeki adalah, xde xpe.