Meh la join...

Tebus Talak...

Aku nak cerita ringkas je pasal tebus talak ni...
Perkara ni berlaku pada adik aku...setelah 4 tahun ditinggalkan isteri yang langsung tak pedulikan tentang dia mahupun anak-anak, akhirnya si isteri yg aku gelar A muncul semula.

Dipendekkan cerita, si A ni akhirnya setuju dengan permintaan adik aku untuk bercerai secara tebus talak. Aku selamba la tanya dia, dah ada pengganti baru ke? A dah nak kawin ke?

Tapi soalan aku x dijawab. Dia setuju dengan jumlah yg adik aku minta tahun 2007. Hek eleh, itu dulu...lama dah sekarang ni xnak de adik aku mintak jumlah tu.

Tapi aku xde la cakap macam tu kat dia. Aku cakap yang aku akan bincang dengan adik aku dulu. Dan seperti yang aku duga adik aku dah up jumlah tebus talak ke RM30k.

Disebabkan rasional, aku nasihat kat adik aku supaya tolerate la dgn si A ni, jgn la over plak. Ngada-ngada plak adik aku ni....mana la bini dia tu nak korek duit bayar. Boyfriend dia ada, selamba je adik aku jawab.

Nasib baik aku sabar, kalau tak nak je aku pelangkung adik aku tu, pas tu aku terajang dia keluar. Bukan apa, dah la aku yang kena uruskan semua hal dia nak bercerai-berai ni, urusan bincang duit tebus talak ni pun aku jugak yang kena jadi orang tengah.

Ingat senang ke jadi orang tengah ni. Tensen tau. Banyak lagi keje aku yg lain. Last-last aku cakap kat adik aku, mintak je rm**** udah le. Kalau nak lebih ko cakap sendiri kat bini ko tu.

Mula-mula adik aku okey, tapi lepas kena cucuk dengan member dia, cepat je dia berubah. Bila aku nasihat balik baru dia okey. Pening tau! Berapa kali aku nak kena nasihat adik aku ni, bukannya dapat upah pun.

Tiap-tiap hari si A call aku, tanya borang dah isi, dah hantar pi cop pesuruhjaya sumpah ke....pening aku la...aku bagi la alasan adik aku x buat lagi.

Agaknya di memang nak cepat bercerai dengan adik aku ni, jadi dia la isi borang sume, siap bagi copy kat aku untuk pas kat adik aku. Okey la...dia pun setuju dengan jumlah yang adik aku mintak.

Sebulan lepas tu kitorang pi mahkamah.Aku bawak la sekali anak-anak dia jumpa mak diorang yang dah lama tak jenguk diorang ni. Boleh pulak dalam masa tu, si A ni tak bawak duit yang cukup. Aduh....bengangnya aku. Dia ni memang bermasalah la...

Dah la masa hakim panggil, x boleh nak jatuh cerai sebab salah borang. Pas tu hakim tu suruh isi borang baru hari tu jugak mungkin nak setelkan kes tu ari ni jugak kot.

Bila ke kaunter, staff tu pulak cakap borang untuk tebus talak xde. X pernah tengok. Adoiii...amende la diorang ni. Agaknya kes tebus talak tu pertama kali bagi area situ kot!

Lama gak la kitorang tunggu borang tu sampai habis la cerita Movie BARBIE kat tv3. Satu hal aku kena pujuk adik aku supaya setuju dengan jumlah yang si A bawak.

Angin tak angin satu badan aku ni. Bukan si A tak tau perangai adik aku yang baran tu. Satu hal plak aku kena pujuk adik aku. Dah memang adik aku taknak terima jumlah tu!

Adik aku cakap, boleh tunda hari lain sampai cukup duit. Tapi si A asyik push aku mintak tolong nak setel ari tu gak. Jenuh la aku ke hulu ke hilir nak setel benda ni. si A pujuk mak aku cakap dengan adik aku, tapi mak aku taknak.

Si A punya la berjanji bersumpah yang dia akan bayar baki duit tu dalam minggu tu jugak.
Akhirnya aku bawak la kakak si A ni jadi penjamin kepada kata2 adik dia tu. Maknanya,kalau si A tak bayar, kakak si A ni yang akan bayar.

Selamba adik aku cakap depan kakak ipar dia yang si A ni penipu besar! (memang pun)...

Tapi lepas di pujuk rayu aku dan kakak si A ni, lembut jugak la hati adik aku untuk bertolak ansur.
Tak sampai 2 minit berbincang, hakim panggil masuk untuk bicara kes.

Nasib baik la otak adik aku ni cerdik, dekat hakim dia kata jumlah sebenarnya adalah sebanyak RM**** tapi defendan akan membayar RM1k baki akan dibayar dalam tempoh seminggu. Hakim merekod keterangan adik aku dan meminta persetujuan dari si A yang bersetuju.

Akhirnya jatuhla talak 1 ke atas A, dan seperti biasa dia kena menjalani iddah selama 3 kali bersuci sebelum nikah. Tapi sekiranya si A dan adik aku nak rujuk semula, mereka kena nikah dulu seperti biasa.

Berikut adalah ungkapan talak yang diucap oleh adik aku:
   
            Saya, ****** menceraikan ******* secara tebus talak sebanyak RM****.

si A pula menjawab:

           Saya, ******* menerimanya seperti yang tersebut.

Dalam tempoh sebulan dari tarikh pencerai tu, surat perintah akan dikeluarkan, dan adik aku kena ambik surat perintah tu yang bernilai RM29.00 sebelum membawanya ke pejabat Agama untuk mereka keluarkan surat cerai.

Wallahualam.