Meh la join...

Saguhati RM3k.....Kenapa Bekas PolisTak Layak???

Aku tak tau la kenapa pemikiran aku x sama dengan orang lama ataupun orang politik. Bagi aku, setiap apa yang diperkataankan perlukan huraian yang lebih lanjut dan mendalam. Dalam erti kata lain, jangan melihat yang tersurat tapi yang tersirat.

Pada mulanya aku tak heran sangat dengan saguhati RM3000 yang diberi oleh kerajaan kepada bekas2 polis,SC, Home Guard, Jungle Scout dll. Sebab bapak aku bekas polis konstabel dan seperti yang abah katakan yang beliau tidak layak mendapatnya kerana mula bekerja pada tahun 1969.

Tapi oleh sebab aku ni jenis yang suka sangat mencari kesalahan fakta, aku pun survey latar belakang kerja abah kat mak aku. Sebab aku teringat yang abah pernah bertugas di Sarawak. Korek punya korek punya korek, akhirnya aku dapat tahu yang abah pernah bertugas semasa darurat di Sarawak iaitu di Binatang, Kuching dan Bau pada tahun 1971-1972 dalam misi menentang komunis yang digelar PARAKU.

Bila dah dapat fakta, aku pun berdebat dengan abah tentang kelayakan beliau untuk mendapatkan saguhati (maklum la abah dah warga emas, dalam tak larat masih juga mencari rezeki dengan membawa teksi untuk menanggung keluarga-jadi aku harap dengan saguhati ni dapat la meringankan bebannya).

Abah ditugaskan dibawah pasukan Jungle Scout. Seperti yang aku duga, abah kata yang dia tak layak untuk memohon kerana ia untuk Sarawak sahaja. Pulakkkkkk!!!!

Puas aku terangkan tapi pemikiran abah tetap tak berubah. Abah cakap abah tak keje lagi masa darurat yang berlaku di Semenanjung.

Suara abah dah mula keras melawan pendapat aku. Abah kata abah hanya polis konstabel bukan termasuk dalam senarai penerima. Tapi aku tetap berkeras yang abah layak terima kerana beliau bertugas di bawah pasukan Jungle Scout, kenapa tak boleh pulak?

Lama-kelamaan  abah boring nak bertekak dengan aku, dia suruh aku uruskan. Alamak!!! Pandan muka aku!

Aku tergerak nak tipon kawan abah yang pernah bertugas sama dengan abah. Rupa-rupanya ramai bekas konstabel polis yang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak layak menerima. Hmmmmm.....ada yang sependapat dengan aku (masa tu rasa kembang aaa..) tapi nak buat camne, orang atasan cakap tak boleh, x boleh la, kata kawan abah.

Tapi menurut kawan abah, diorang akan bawa perkara ni ke pihak yang lagi atas. Sebabnya satu je, mereka semua pernah bertugas menentang komunis walaupun mereka hanya polis konstabel. Malah ada yang cedera parah dan meninggal dunia dalam misi mempertahankan negara tapi malangnya jasa mereka tidak diiktiraf.

Gambar abah masa muda, segak berpakaian polis, aku simpan. Aku harap ada pihak yang akan ambil berat akan perkara ini, Insya-Allah.