Meh la join...

Pertama kali terbang di awan biru...BAB 1

Dup dap dup dap jantung aku berdebar. Padahal aku baru je nak booking tiket flight. Tapi dia punye keterujaan untuk menaiki kapal terbang ke destinasi yang menjadi impian sejak beberapa tahun yang lepas, melebihi dari perasaan semasa baru kahwin. Hehehe.....

Mana taknye....

Tarikh aku punya flight hujung bulan November tapi aku dah tempah flight awal bulan Mac. Sepanjang masa dalam tempoh tu aku berdebar-debar, takut, seronok dan kesal menanti waktunya tiba.

Jenuh gak aku nak pujuk hubby bercuti ke Langkawi dengan menaiki flight. Macam-macam alasan dia bagi. Tak cukup la, leceh naik kapal terbang la...bla bla bla....

Setelah banyak kali dipujuk. Akhirnya hubby setuju dan suruh aku uruskan. Pada mulanya dia ajak naik kete je senang katanya bebudak nak tidur. Tapi aku tak setuju sebab jauh sangat, penat dok lama-lama dalam kete, pas tu nanti banyak tempat nak singgah, duit minyak lagi, berhenti makan lagi, kete kena tinggal kang ilang sape susah.....dan macam-macam alasan aku cipta yang masuk dek akal.

Aku mulakan pencarian online. Mula-mula aku baca blog dan forum berkenaan Langkawi. Macam-macam cerita yang menyeronokkan aku baca membuatkan aku lagi teruja.

Flight

Pas tu aku daftar online dengan AirAsia semestinya sebab tambang penerbangannya yang berpatutan dan mampu di beli. Pas tu aku survey harga bagi setiap cuti sekolah. Akhirnya dapat la harga yang murah sikit. Sebelum booking, aku kena confirmkan dulu dengan hubby yayang supaya dia dapat set cuti pada hari tu (padahal lambat lagi).

Dah confirm, aku pun booking. Dah booking baru aku perasan yang aku tak tau apa-apa tentang apa yang lugage dan pembelian makanan dalam flight.

Aku bukak balik blog dan forum untuk baca tentang lugage dan apa-apa yang berkaitan dengan fligt terutamanya safety. Tapi aku masih blurrrrr...

Ah lantaklah! Aku tawakal je. Sebab aku memang takde experience langsung tentang lugage & beg-beg yang boleh dibawa naik dalam flight. Tak banyak blog yang bercerita tentang lugage. Terutama untuk famili macam aku ni.

Aku buat keputusan untuk beli 3 lugage pegi dan 4 lugage balik! Sebab aku fikir, pegi memang bawak banyak baju (termasuk anak aku yang dua orang tu), balik lagi la banyak sebab barang shopping!

Dah beli lugage, buat tempahan seat sebab taknak anak-anak berterabur duduk dalam flight, aku terfikir untuk beli set makanan...hmmmm mesti best makan di atas awan....aku booking 2 set Nasi Ayam dan Air Mineral. Ok la harga dia memang berbaloi, rasa dia pun sedap tapi kena kongsi dengan anak-anak. Dan confirm semua nama yang aku masukkan betul ejaannya (xnak ada masalah dikemudian hari sebab aku dengar kalau ejaan nama salah, nak buat pembetulan nama pun kena bayar, memang leceh).

Dah setel aku terus buat pembayaran. Fuh lega....dah confirm pegi Langkawi ni takleh kensel-kensel.

Sebulan lepas tu aku cek lagi kot ada blogger baru cerita pasal Langkawi atau pengalaman diorang menaiki flight. Memang ada....aku miss klik kat forum Melayu yang banyak bercerita pasal pengalaman pertama kali menaiki flight.

Lupa lak aku nak cakap kat korang, aku ada tempah gak tiket bas Skyline dari KL Sentral ke LCCT (pergi balik). Okey la harga dia murah la kalau tempah online banding dengan korang main naik dan bayar kat situ gak. Tak payah la korang nak travel bawak kete dari rumah ke LCCT. Penat oooo...dah tu parking penuh je manjang. Entah ingat ntah tidak korang parking kat mana. Aku pun dah booking teksi adik aku untuk hantar dan jemput aku kat KL Sentral tu. Nama pun bercuti kena la santai jangan menyusahkan diri sendiri.

Lugage

Baru aku faham pasal lugage tu. Bagi famili macam aku ni, kalau bercuti ke Langkawi 3H2M, patut tak payah la ambik lugage sampai 3. Aduuuuuuhhhh ruginya!! Takpe la nak wat camne, jadikan pengajaran selepas ini.

Bagi beg yang kurang dari 7 kilo, boleh la bawak sekali naik flight. Harga lugage tu pun mahal dalam $20 bagi berat sehingga15kg (kalau tak silap aku dah lupa la pulak). Caranya korang boleh guna beg sukan atau beg sekolah anak-anak untuk isi baju mereka dan dibawa mereka sendiri. Maknanya, baju sendiri-sendiri isi, sendiri bawak dalam beg. Tapi kalau korang combined semua baju dalam 1 beg besar, sah-sah beratnya lebih dari 7 kg, ambik la 1 lugage je, maknanya naik flight nanti lenggang kangkung la....untuk balik je baru korang tambah 1-2 lugage kalau korang rasa korang nak shopping sakan. Tapi jangan lupa tempah awal-awal, kalau korang masa balik tu baru nak beli lugage, lupakanlah...lagi mahal harga dia berbanding online ni.

Macam aku, aku bawak 2 beg besar. I beg lebih 8 kilo, 1 lagi 6 kilo lebih tak cukup 7 kilo.. Tapi 2-2 aku masuk dalam kargo. Ye la sebab dah bayar lugage. Letih la nak angkut dalam flight dan aku dah rugi 1 lugage. Xpe la.....sabar je la...Oye lupa aku nak cakap, kat LCCT ada tempat timbang beg. Jangan risau kalau beg anda terlebih berat dari yang ditetapkan semasa membeli lugage, anda boleh keluarkannya, masukkan dalam beg lain dan bawak naik flight.

Baju yang aku bawak memang banyak la untuk 3 hari punya pakai. Aku, hubby dan 2 orang anak perempuan yang memang suka bertukar baju (kalau dah berjalan sehari suntuk takkan nak pakai baju yang sama pulak esoknya-bau achem x bley tahan, nak basuh pun x sempat). Siap bawak towel sorang 1, telekung 2 pasang, sejadah, baju sejuk sorang 1, hmmmmmmm....banyak juga la walaupun aku dah terfikir yang aku tak perlu bawak banyak2 sebab nak beli baju Langkawi (dah jadi tabiat mesti nak beli baju yang ada nama tempat yang aku dan keluarga bercuti). Dan tak lupa jugak baju basahan untuk anak aku mandi-manda di tepi laut nanti, sikat,sabun, syampu dan berus gigi.

Kalau sesapa yang nak bawak periuk nasi naik flight pun boleh apa. Mana tau kot-kot korang dah planning nak masak sendiri ke taknak makan kat kedai. Bungkus elok-elok dalam kotak pas tu bawak je masuk flight takyah masuk dalam kargo sebab ringan je....tapi kalau pisau (apa jua jenis pisau) korang kena letak dalam bungkusan/beg dan masuk ke dalam kargo walaupun pisau tu ada 1 je dan kecil. Itu memang syarat kastam. Wajib diikut. Bagi sesape yang bawak baby tu nak angkut kereta sorong masuk dalam flight pun boleh. Tapi sampai ke tangga flight je la pas tu kena lipat, sumbat kat bahagian atas tempat duduk.

 Penginapan

Aku terlupa yang aku ni pergi bercuti ke Langkawi pada musim cuti sekolah hujung tahun! Bulan 5 aku ada survey tempat penginapan di Langkawi. Mak oiiii!!! Mahal gak (bagi aku rege RM 150 ke atas tu mahal la....hehehe). Aku survey je tapi xde la booking ingat serbu je bila dah sampai sana.

Antara web yang menyediakan harga yang rendah dan berpatutan adalah AGODA. Mula-mula aku tak yakin...maklum la takut xde bukti hitam putih atau kena tipu. Jadi aku survey je la harga yang murah. Memang banyak, dari hotel/chalet yang bertaraf 5 bintang hingga la lodge yang bertaraf 1 bintang. Aku pun dah compare harga yang AGODA dan beberapa web yang menawarkan perkhidmatan online ni, dan ternyata AGODA menawarkan harga yang paling rendah bagi hotel/chalet/lodge yang sama. Ala beza dalam 2-3 ringgit je tapi bagi orang yang macam aku ni, perkara macam tu di ambil kira.Dan tiada bayaran tersembunyi.

Lagi 2 bulan nak terbang ke Langkawi, baru aku teringat cuti sekolah mesti ramai orang yang bercuti ke Langkawi. Alamak!!!

Kelam kabut aku masuk ke laman web AGODA, hampir 80% hotel/chalet/lodge yang murah-murah dah kena booking. Siap bagitau berapa orang yang tengah tengok tempat tu dan tempoh yang ada sebelum pihak AGODA memberitahu yang bilik tu dah di booking.

Aku tak pernah pi Langkawi, xde idea keadaannya macam mana. Jadi kebetulan Pak Sarip Tokey Roti Canai yang famous kat Kundang ni lalu, aku tanya la kat mana dia menginap masa pi Langkawi tahun lepas. Dia suruh aku cari kat Chenang. Sebab situ dekat dengan pantai dan banyak hotel.

Memang banyak membantu dan memang tepat pilihan Pak Sarip tu. Nasib baik ada lagi satu lodge yang murah menawarkan 2 bilik, 1 bilik untuk famili (ada 1 katil besar dan 1 katil bujang ) dan 1 bilik untuk couple. Jadi aku harga 3H2M termasuk sarapan pagi, RM238.00.

Aku confirm dengan hubby, hubby setuju. Zaasssssssss.....confirm dah booking dan bayar. Pas tu AGODA akan emailkan kat kita, reservation slip siap dengan harga dan cukai. Tapikan, once korang dah bayar, jangan la kensel sebab AGODA kenakan caj yang tinggi gak untuk cancellation tu, tak berbaloi. Kalau korang tak yakin nak tinggal kat mana-mana hotel, korang booking je dulu jangan bayar. Mana la tau kot-kot ada duit lebih, nak dok hotel yang mewah plak kan.....

Kereta Sewa

Fuhhhh lega....flight dengan tempat penginapan dah setel booking. Hmmmmm...sekarang ni aku kena cari kereta sewa plak. Ye la, dah sampai Langkawi, namanya pun Pulau, mesti la aku dan famili nak pusing 1 Langkawi tu. Mana la mampu nak bayar teksi sewa atau van pelancong. Pun tak sampai hati nak menyusahkan diorang anta aku dan famili merayau merata Langkawi tu.

Mak Oiiiii...mahalnya harga kereta sewa time cuti sekolah ni. Pening aku dok survey sume harga RM120 keatas. Aduh duh duh duh.....mana nak korek $$$ ni.

Akhirnya aku termasuk kat satu blog ni Teluk Yu Holidays. Cari punya cari, akhirnya ada satu kereta kancil warna silver untuk di sewa pada musim cuti sekolah bulan November 2011. Ahah! Harga pun okey RM70 sehari. Sesuai untuk keluarga aku yang kecil. so aku pun email Cik Ieta, bayar deposit dan dalam seminggu dia akan email resit. Cik Ieta suruh aku call bila dah sampai ke Langkawi. Baki duit aku kena bayar masa Cik Ieta ni hantar kereta. Pas ni kalau aku ke Langkawi lagi, aku nak amik pakej je dengan Cik Ieta ni, memang murah la harga untuk kereta sewa+homestay untuk 3H2M.

Alhamdulillah....semuanya dah aku setelkan. Semoga perjalanan aku dan keluarga ke Langkawi berjalan lancar.
Lepas ni aku akan bercerita pulak pengalaman aku nak bertolak ke Pulau Langkawi. Tunggu!