Meh la join...

Kenangan Pun Berlalu-Bhgn 4

Aduh….sakitnya kepala aku. Sape pulak yang langgar aku ni, marah Nazri dalam hati. Buta ke apa? Orang besar macam ni pun nak langgar, rungut Nazri dalam hati.

Ketika dia mengangkat kepala untuk melihat siapa yang telah melanggarnya, kedengaran suara meminta maaf berulang kali.

“Maaf ye, maaf, saya tak sengaja. Saya tengah cari selipar saya ni. Maaf maaf maaf ye. Sakit ke?” tanya gadis itu sambil mengusap-ngusap kepalanya yang juga kesakitan kerana terhantuk kepala seseorang. 

Nazri tergamam melihat gadis yang berdiri dihadapannya. Perasaan marahnya hilang tiba-tiba. Hatinya berbunga kembali. 

“Oh takpe, tak sakit pun! Saya pun tak perasan ada orang tadi, “ jawab Nazri sambil tersenyum.  Saat itu dia berharap agar tiada sesiapa yang mengganggu perbualannya dengan Jasmin. Kalau boleh dia nak menikmati saat itu untuk berkenalan lebih rapat dnegan Jasmin. Lagipun peluang ini bukan datang selalu.

Terkejut Jasmin setelah mendapati orang yang di langgarnya adalah Nazri. Kakinya rasa lemah tiba-tiba. Tubuhnya menjadi kaku. Dia tak tau nak buat apa untuk mengelak dari bertentang mata dengan Nazri. 

Ifa…tolong aku. Cepat la keluar…..,jerit Jasmin dalam hati. 

Tika itu dia berharap sangat bumi terbelah dua dan dia melompat ke dalamnya agar perasaan debar dan malunya pada Nazri tiada siapa yang tahu.


“Mana awak letak selipar awak? Saya tolong carikan?” tanya Nazri lembut. Sedaya upaya dia menahan debaran di dadanya yang semakin kuat supaya tidak di dengar oleh Jasmin. 

Jasmin dapat mendengar getaran pada suara Nazri, namun dia tidak peduli semua itu kerana dia sudah tidal dapat berfikir apa-apa ketika itu.

Nazri tersenyum lalu bertanya lagi,” Min, awak letak kat mana selipar awak tu?”  betul-betul dekat telinga Jasmin.

“Aaa-a tadi…saya letak dekat ..aa..kat mana ye? Aduuuu...mana pulak selipar aku ni? Time ni la dia nak hilang!,” jawab Jasmin menggelabah.

Nazri tergelak kecil. Entah dari mana datang kekuatan, Jasmin bersuara,”Kenapa awak gelak?”

“Takde la, awak tu kelakar. Mulut cakap tak tau, tangan tunjuk ke arah lain,mata pandang ke lain,” gelak Nazri lagi. Seronok dia tengok telatah Jasmin yang tak tentu arah.  Jasmin memuncungkan bibir.

“Wah, panjangnya muncung dia! Macam Tenuk! Kah kah kah…”semakin menjadi-jadi gelak Nazri . Seronok dia dapat menyakat Jasmin.

Merah padam muka Jasmin bila Nazri gelakkan dia. Nasib baik lampu tidak begitu terang jadi Nazri tidak dapat melihat perubahan pada wajahnya. Bibirnya di gigit geram.  

Hisshhh, ini dah melampau dah ni, makin menjadi-jadi pulak dia ni, marah Jasmin dalam hati. Tangannya di silangkan ke dada. 

Matanya meliar memerhati kalau-kalau ada orang yang sedang mendengar perbualan mereka. Hanya beberapa orang kawan Fida yang tidak dikenalinya saja berada di luar. Mungkin Fida dan Ifa masih di dapur mengemas apa yang patut.

Sebenarnya Jasmin tergesa-gesa mahu pulang cepat untuk elakkan diri dari bertemu dengan Nazri.  Dia sudah memberitahu Fida yang dia sakit perut dan perlu pulang awal. Nak tak nak terpaksa Fida melepaskan Jasmin pulang. Walau Jasmin cuba elak dengan menyusup keluar perlahan-lahan, takdir tetap menemukan Jasmin dengan Nazri.

Jasmin masih memandang Nazri yang semakin perlahan tawanya.

“Dah? Puas gelak?” sindir Jasmin sinis. Nazri memandang tepat ke mata Jasmin sambil tersenyum.  Jasmin membalas pandangan Nazri  dan ketika mata mereka bertentang, hati mereka berbicara. Cepat-cepat Jasmin melarikan pandangannya ke arah lain.

Nazri perasan perubahan pada wajah Jasmin. Adakah Jasmin marah? Dia menunduk pandangannya ke bawah dan memandang semula Jasmin dengan pandangan yang lembut. Lama di perhatikan wajah itu, matanya, keningnya,bibirnya dan segala-gala tentang wajah itu yang menarik hatinya. 

Terasa sesuatu menyusup ke dalam hati Jasmin bila di perhatikan lama begitu. Dadanya terasa sesak dengan perasaan yang datang tiba-tiba. Kalau boleh dia nak elakkan perasaan itu dengan beredar segera dari  situ. Tapi laluannya di halang oleh Nazri. 

Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di kaki Nazri.
“Awak…….” Lembut suara Jasmin menegur Nazri, membuatkan perasaan Nazri terbuai seketika.

Namun di jawab juga dengan suara yang lemah, “Iya?”

“Boleh tepi tak?” selamba Jasmin menolak Nazri ke tepi lalu mengambil seliparnya yang di pijak Nazri sedari tadi. Terkedu Nazri dengan kelakuan jasmine yang tiba-tiba berubah sikap.

“Terima kasih ye sebab  sorokkan selipar saya,”  kata Jasmin meninggalkan Nazri yang terkulat-kulat memandangnya beredar dari situ hingga hilang dari pandangan. Tak sempat untuk Nazri meluahkan kata-kata bila Jasmin berlari-lari anak pulang ke rumah.

Nazri menggeleng kepala kecewa dengan sikapnya yang tidak pandai mengambil peluang itu untuk mendekati Jasmin  dan berkenalan dengannya.