Meh la join...

Tukar Hak Milik Kenderaan

Sesungguhnya aku memang tak faham dengan orang yang beli kereta dari tangan orang (second hand)! Kalau dah beli kereta, tukar la nama tu sekali. Bukan susah pun sekarang ni banyak ejen syarikat insuran yang menyediakan perkhidmatan pertukaran hak milik (hantar kereta pi puspakom, sediakan dokumen hinggalah pertukaran nama dalam geran kat JPJ).

Dokumen yang diperlukan untuk pertukaran hak milik hanya fotostate ic owner lama dan baru, geran dan $$$. Yang lain runner/ejen insuran yang uruskan.

Memang la yang jadi masalah DUIT! Tapi apa salahnya kalau kita keluar sekali gus dari menghadapi masalah di kemudian hari. Bukannya mahal pun kos dalam lingkungan RM300-RM350. Kesian la kat runner tu, lari sana lari sini, pi puspakom isi borang pegi pesuruhjaya sumpah pi JPJ. Pejam mata je la kuarkan duit tu. Kalau kita yang buat sendiri sah-sah lepas tu taknak beli kete second lagi. Memang menyusahkan! Masa terbuang, penat, silap hari bulan kete kene reject masa cek kat Puspakom, tak naik hangin?

Masalah yang timbul bila tak tukar nama kete ni,

* Pemilik pindah, tak tau alamat, masa beli lupa lak nak mintak fotostate ic.

* Beli atas tangan atas tangan sehingga la pemilik yang ke-5 masih tak tukar nama. Dah tak tau mana pemilik sebenar tu, masih hidup atau sudah mati.

*Pemilik lama kena saman. Beli lak kete dari pihak ketiga. Bila tanya, "Ada tak nombor hp owner lama? Nak suruh dia setelkan saman dia yang bertimbun ni, kalau tak, x dpt la aku renew roadtax kete ni....takat 2-300 boleh la aku bayarkan, ini dekat 15k, gila kau!!!" "Xde la...owner dia pun aku tak kenal. Kawan aku punya kawan punye bapak sedara yang punye kete ni. Dia pun dah pindah, kat mana pun aku tak tau." Dahhhhhh tepuk dahi!

* Tu takpe lagi, yang paling syahdu bila pemilik kereta dah meninggal dunia. Masa tu nak tukar nama kira dah terlambat la. Memang x boleh sama sekali. Tak caye gi la kat JPJ. Hanya setahun selepas kematian owner je dibenarkan hidupkan insuran. Rtax pun renew 6 bulan je.Pas tu renew lagi 6 bulan.
Cara nak setelkan benda ni, kena la suruh waris pemilik kereta tu pi Amanah  Raya bahagikan harta, pas tu Amanah Raya akan keluarkan surat kuasa. Pas tu tukar nama dari pemilik asal ke nama anak, pas tu baru la boleh tukar nama ke nama pemilik yang baru.

Memang rumit!!Tambah plak kalu ada waris yang tak puas hati dengan pembahagian harta. Berkurun la menunggu....

Lepas setahun renew, dah tak boleh renew dah, sebab sekarang ni JPJ dengan JPN dah link. Jadi bila berlaku kematian, katalah kita dah buat insuran (kononnya JPJ tak tau) pas tu nak pi buat roadtax dengan harapan yang menggunung tinggi (supaya kereta tu boleh lepas)....akhirnya menjadi sia-sia apabila kat screen JPJ tu keluar maklumat "Pemilik Sudah Meninggal Dunia'. Anda dinasihatkan membuat urusan dengan Amanah Raya untuk pertukaran hak milik segera-nasihat kerani tu.
Huarhhhhhhghhh...menangis tak berlagu la....esok nak raya,camne nak balik kampung ni??

Masalah bagi yang membeli kereta (hire purchase) baru dan membuat pinjaman di bank menggunakan nama orang lain. Tetiba plak orang tu kena heart attack! Meninggal dunia. Loan masih ada lagi. Camne nak buat?????

Memang tak boleh buat apa. Hahahaha....

Kecuali ada mengambil insuran untuk pinjaman (perkara ni baru lagi-selalunya diguna untuk pinjaman personal loan tanpa guarantor). Benda ni kita kena pihak bank dulu. Kalau takde insuran yang melinddungi pinjaman kita, guna la kereta tu sehingga habis roadtaxnya, pas tu try renew kalau memang dah xleh gak, biar la tersadai beberapa bulan pas tu bank akan tarik kereta tu. Tak payah la bermurah hati nak transfer kereta tu atas nama kita dengan buat loan kat bank tu. Tak pasal2 lagi tinggi pinjaman pas tu kalau ada jumlah o/s pinjaman lama, kita kena tanggung.

Biar je bank tarik. Sebab dah memang hak milik bank tu. Anggap je la yang kita dah bayar beberapa tahun tu (walaupun nama orang lain)sebagai bayaran sewa kereta. Beli je la kereta baru atas nama kita atau nama orang rumah. Jangan disusahkan diri. Kecuali kalau kereta tu dah habis bayar, baru la setelkan kat Amanah Raya.

Kalau rasa tak faham, tanya la pihak yang berpengalaman atau pi JPJ terus tanya.

Wallah hualam...

Pengajaran: Dah beli beli kereta pastikan harga kereta tu termasuk kos untuk tukar nama sekali! Kalau tak mintak kurangkan harga kereta dan jangan lupa ambik photostate ic owner, suruh la orang buatkan.