Meh la join...

Kene ke beli P.A ni?

Sebenarnya ramai yang tak tau, Bank Negara atau Syarikat Insuran tak pernah pun mewajibkan pemilik kenderaan membeli P.A atau personal accident. Yang mengada-ngadakan hal wajib ni hanya lah ejen insuran yang nak mendapat anugerah dari Syarikat Insuran sekaligus menambahkan pendapatan mereka melalui komisyen yang mereka dapat hasil jualan.

Jadi, Tipah tertipu la ni? Kah kah kah....

Tu la korang, dengan ejen Melayu berkira sangat. Dah syarikat Insuran yang tetapkan bayaran premium kereta mestilah mengikut harga pasaran kereta atau lebih sikit pun takpe janji xde masalah bila nak claim nanti.

Dengan ejen bangsa lain xde lak banyak songeh, korang angguk je kepala, setuju, bila diorang tetapkan harga (kekadang tinggi sikit dari harga pasaran) dan bila diorang kata wajib ambik PA korang pun angguk setuju sambil tangan menggigil-gigil kuarkan duit dari poket.

Kalau dengan ejen melayu kite,ayat yang mula-mula keluar lepas duduk atas kerusi,
"Dik,bagi cover yang paling rendah...."
Padahal kereta tu baru 5 tahun. Jenuh la ejen tu terangkan kalau berlaku eksiden dapat claim sikit je, Sykt Ins x cover banyak. Time tu angguk laju je sebab bayar sikit je. Dah tak fikir lain. Yang ejen melayu pun xde la nak mewajibkan  P.A seperti mana ejen bangsa lain sebab kesiankan orang kite yang "biar pape asal bergaye". Nak beli insuran pun berkira inikan pulak bila disuruh beli P.A

Bila dah kira, "Bang, insuran abang lepas tolak ncd RM234.85".
"Haaaaaa? Mahalnya? Xde yang murah lagi ke?"
Macam nak terkeluar bijik mata tengok figure tu. Haiii......orang macam ni pun ada.

"Tu dah kira murah la tu bang,sebab abang cover paling min RM10k, kalau ikut harga pasaran, abang kena RM898.45."

Itulah fenomena yang selalu dihadapi orang orang melayu yang berniaga insuran ni. Asyik nak kena sembelih dengan orang melayu sendiri. Pas tu dikutuk-kutuknya la macam-macam.

'Camne la orang melayu nak maju, dengan orang melayu pun berkira!,

Hek eleh, dengan bangsa lain yang caj mahal-mahal xde la korang cakap camtu ye, siap kutuk orang melayu kat bangsa lain lagi. Pulak tu siap bagi bisnes kat diorang! Ish ish ish....


Sebenarnya, P.A ni bagus kalau ambik. Bukannya mahal pun, dalam RM70.00 je setahun. Kita tak tau apa yang akan terjadi pada diri kita atau penumpang kereta kita (ahli keluarga/kawan2). Kalau kita bawak kereta berhemat, orang lain bawak menonong je, eksiden-mati ada gak peninggalan duit untuk keluarga kita yang tinggal.

Berbalik pada tajuk asal,P.A ni pun bagus sebenarnya untuk mat-mat rempit tu. Sekurang-kurangnya adala gak harta yang diorang tinggalkan untuk mak bapak diorang tu. Xde la mati sia-sia. Yela boleh la duit tu orang tua guna untuk buat kenduri, sedekah bagi pihak mat rempit tu, buat haji dan macam2 lagi....betul tak?

Tapi ramai yang memandang rendah dan merasakan seolah2 mereka lambat lagi mati atau tak mungkin mati dalam kemalangan! Fikirlah orang yang bersama kita dalam kereta. Jangan kedekut nak ambik P.A Kalau x mati pun, mungkin cacat sebab patah tangan atau kaki, ada gak duit insuran untuk menyara hidup kita. Dah cacat, sapa nak amik kerja? Nak tolong?

Lagi satu, jangan kedekut la....sian la kat ejen insuran tu. Dah la gaji diorang bergantung pada komisen insuran tu. Korang mintak diskaun plak! Ish ish ish....x patut. Jangan berkira dengan bangsa sendiri, susah nanti bangsa sendiri jugak yang korang cari.

Wallah hualam......

Pengajaran: Kalau ejen insuran bertegas suruh korang ambik P.A, bagitau je yang Bank Negara dan PIAM xde keluarkan arahan pun. Pas tu gertak diorang yang korang akan buat aduan pada Syarikat Insuran/Bank Negara. Tunjukkan yang korang tahu hak korang sebagai pengguna. Tapi ada baiknya ambik P.A tu. Terpulang pada poket anda $$$$....