Meh la join...

Ayah 2

Gembira ayah bila suamiku mengurut kakinya.
"Ni..belakang tengkuk ayah sakit." 
Tunjuk ayah sambil tu tangan mengurut kepala.
"Aaa..dah..dah. "
Suamiku beralih ke bahagian kepala ayah.
Dipicitnya perlahan. Bila ayah pegang tangan, Ajib urut bahagian tangan.
Agak lama juga dia mengurut ayah.
Sehinggalah ayah rasa mengantuk dan hampir terlelap baru Ajib berhenti.
Aku hanya memandang dengan perasaan kasihan dan simpati.
Kesian ayah...
Walau apapun yang anak2 lakukan,  ayah tetap berdoa untuk anak2 selepas solat.
Airmataku bergenang. Ku tahan agar tak mengalir.
Sedih dengan nasib ayah.
Ayah terlelap akhirnya. 
Mulut ayah sedikit ternganga.
Dadanya beralun lembut. Tiada bunyi dengkuran. Lena ayah tidur.
Semoga Allah mengampunkan dosa dan merahmati kedua ibubapaku dan mertuaku, aamiin.