Meh la join...

Duit Tak Berkat...

Aku memang takut kalau makan duit tak berkat ni.

Korang tau ke duit tak berkat tu datang dari mana?

* Judi
* Rasuah
* Tipu Orang (sama ada jual barang atau perkhidmatan atau apa aje)
* Curi
* Curi tulang
* Haram


Kalau boleh aku cuba elak tapi kalau dah berniaga susah jugak nak elak benda-benda cam ni. Takkan nak tanya kat orang tu camni, "Encik, boleh saya tanya, duit ni halal ke haram? Mana la tau kalau duit nombor ekor, saya tak terima....hehehe."

Mau kena penyepak dan dan tu jugak.

Maklum la, bab-bab rezeki ni aku kena sensitif. Memang aku insaf lepas dengar rancangan Al-Kuliyyah, Al Hidayah dan Tanyalah Ustaz. Memang power ayat Ustaz-ustaz jemputan ni.

Keinsafan tu berlaku lebih kurang 10 tahun lepas (waaaahhhh lama gak ye). Tapi baru hari ni aku nak cerita.

Masa kerja (dulu la), aku claim OT untuk kerja yang aku buat saja. Maknanya, kalau aku terpaksa tunggu staff lain untuk siapkan voucher untuk posting sambil berborak, aku takkan claim walaupun aku tercongok kat ofis tu kekadang lebih dari 2 jam.

Walaupun tertekan sebab kena tunggu lama, claim OT pun ciput je dan elaun makan untuk yang OT lebih 2 jam aku tak tuntut, aku rasa lapang je dada aku.

Duit gaji yang aku dapat memang cukup bayar hutang-piutang (masa kerja dulu rajin amik personal loan-maklum la senang approved) dan bagi duit belanja dapur kat mak, upah jaga anak, bagi sikit kat mak abah dan mertua, sewa dan yang lebih cukup untuk perbelanjaan nak tunggu gaji bulan depan.

Dan yang pentingnya, kepala aku tak serabut macam masa aku gila-gila claim OT, kekadang sampai 4 jam untuk kerja yang 2 jam lebih sebab pergi makan sambil jalan lenggang kangkung, guna phone ofis calling-calling, buat kerja sikit lari ke pantry buat air, pas tu borak-borak kutuk-kutuk gelak-gelak....eh eh, dah pukul 9 mlm? Balik la.....kerja yang tak siap kita sambung esok.

Hasilnya, duit yang dapat manjang tak cukup. Siap merungut lagi padahal duit OT punya la banyak. Berkira pulak tu time nak bayar sewa rumah dan beli barang dapur. Gaduh-gaduh lagi dengan hubby.

Tahun lepas aku agak lupa dengan perkataan 'BERKAT' ni. Mungkin sebab aku nak start kerja balik kot otak ni dah lama terperap kat rumah. aku bukak kedai insuran. Aku buat sekali tukar nama, hantar kereta cek kat puspakom(suruh orang). Akhirnya duit yang kurang berkat ni effek aku dengan anak-anak.

Aku stress dan nak marah-marah je. Tensen bila duit tak cukup (tak cukup??tak cukup untuk shopping!). Anak-anak mula kurang dengar cakap. Bila disuruh jawapannya 'Jap!'

Jap nya tu kekadang tak buat langsung. Pas tu suka membalas cakap. Ada je jawapannya.

Aku dah rasa ada yang tak kena. Aku pun slow talk dengan cik Abang, aku cakap aku taknak buat lagi tukar nama atau hantar kenderaan ke puspakom. Hubby setuju, so aku buat insuran je la. Baru lega....

Kesannya? Anak-anak dah okey, dengar cakap, tak la cam anak orang lain yang bila bergaduh keluar perkataan maki hamun carut mencarut dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik!

Pas tu aku terfikir, aku memang sungguh beruntung dan bertuah sebab perbuatan aku yang salah, Allah balas dengan segera supaya aku cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan.
Alhamdulillah!