Meh la join...

Semarak kan Cinta...

Setiap rumahtangga pasti atau paling tidak akan mengalami ujian pahit getir rumahtangga sehingga menyebabkan pergaduhan, tidak bertegur sapa, merajuk dan yang paling tak dapat diselamatkan, bercerai!

Terutama bila perkahwinan mencecah 10 tahun ke atas.Bermacam jenis ujian yang mereka terima, antaranya,

*hubungan menjadi dingin kerana tidak dikurniakan anak
*bila dah ada anak, masa banyak dihabiskan untuk anak-anak, suami/isteri terpinggir
*suami tergoda/digoda perempuan lain
*dapat isteri yang baik, anak yang ramai, rezeki yang mencurah-curah, suami mula nak kongsi kebahagiaan itu dengan orang lain pulak dengan berlaku curang kat isteri(padahal itu dugaan dari Allah nak tengok kita ni jadi orang yang bersyukur atau tidak)
*tiada masa untuk satu sama lain, bila dah sibuk bekerja masa kat rumah jadi singkat dah kurang komunikasi

Takut bila jadi macam ni. Moga-moga aku dan para isteri terhindar dari ujian-ujian begini.


Teringat dulu-dulu aku suka baca novel dan dengar cerita cinta dari kawan-kawan. Bukan nak kata aku xde, aku dengan suami dulu berkawan  je...tambah plak masa muda-muda dulu aku ni agak kasar walaupun muka lembut, memang tak suka layan ayat-ayat cinta ni Antara yang popular,

*I sayang kat U sorang aje tau!
*Cinta I pada U je...
*I suka tengok U, cantik, suka tersenyum...
*I sanggup tunggu sampai U habis belajar...
*I setia pada U sorang aje...sumpah!
*U lah cinta pertama dan terakhir I...
*I tak dapat tidur asyik teringat kat U aje...

Hehehe...dah kahwin, mula-mula je best, dapat anak sorang dua, mula la berlaku gempa rumahtangga.

Tapi yang paling kesian, bila suami di goda oleh orang lain atau curang. Apa yang keluar dalam drama tv tu agaknya memang betul.
Berhati-hatilah bila suami,

*kurang bercakap kat rumah
*asyik membelek handphone (bila di tanya dia jawab main game)
*pandangan lain macam bila terima panggilan dari si dia
*bila terima panggilan, kalau dari kawan jawab kat situ gak tapi kalau dari si dia, lari masuk bilik atau jawab kat luar rumah
*dah pandai nak pakai smart-smart
*minyak wangi kita dia guna
*dengan anak pun dah taknak gurau, pantang silap sikit teruk anak-anak kena marah
*jawab telefon dengan suara yang perlahan dan asyik sebut hmmm...aaaaa....ha-ah....iya....
*bila ajak berjalan atau bercuti,suami kata duit tak cukup atau xde masa, busy...

Para isteri sungguh bertuah kerana dikurniakan Allah gerak hati yang kuat apabila suami berubah ke arah kecurangan.

Bila dah terdetik hati tu, cepat-cepat la sedar dan bertindak. Jangan dibiarkan dah bernanah baru nak berubat.

Caranya? (pendapat aku la...)

*setiap kali suami nak keluar pergi kerja, cium dan peluk suami. Paksa dia untuk buat perkara yang sama lama-lama nanti jadi kebiasaan.
*bila suami dah melangkah keluar rumah doakan suami (cara aku- Ya Allah, limpahkan rahmatmu kurniaanmu, rezekimu yang halal lagi diberkati,kekayaanmu, kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia akhirat dan kurniakan syurgamu buat suamiku. Ya Allah, lindungilah suamiku dari pandangan mata yang jahat, dari kejahatan & kezaliman manusia,dari fitnah kecil dan besar, dari kecelakaan dan kemalangan sepanjang pergi dan pulang, dan lindungilah aib dan kemaluan suamiku dari zina dan maksiat ya Allah-amin.
*bila dalam kereta borak-borak gelak-gelak sambil pegang tangan suami (jangan sampai mengganggu pemanduan suami, time berenti kat traffic light ke)
*pegang tangan suami erat-erat masa jalan kat shopping kompleks atau kat pasar ke, anak-anak suruh jalan kat depan...pedulikan pandangan orang sebab itu suami anda bukan pakwe atau laki orang
*bila call suami jangan cakap kasar-kasar, kena la manja-manja, jangan lupa bagi salam (bila dengar salam orang yang tengah marah akan jadi lembut hati dan bicaranya)sekali-sekala sms la suami tu, mula-mula memang rasa geli gitu sebab dah kahwin, tapi itulah yang menyemarakkan hubungan
*masak la apa jenis makanan pun janji dari air tangan anda. Janji masakan tu tak pahit payau atau masin, suami pasti bedal.
*dalam bilik mesti ada tv, boleh tengok sambil baring atas lengan suami sambil komen rancangan tv
*jangan mengadu tentang perangai anak-anak atau merungut tentang duit atau apa saja kerja rumah yang memenatkan pada suami yang baru je nak jejak kaki kat rumah. Kot iye pun tunggu la lepas suami rehat mandi dan makan dulu baru cerita. Itupun jangan serius sangat, gelak-gelak le supaya anak-anak pun tak tertekan takut kena marah atau bantai dengan si ayah yang penat balik kerja
*tak kira di mana anda makan atau minum, kongsikan makanan dan minuman anda dengan suami.
*tanya suami pasal kerja atau apa saja yang boleh membuatkan suami bercerita. Jangan asyik suami je nak dengar cerita kita,kita pun kena dengar cerita suami walaupun tak faham.
*bergurau dengan suami sebelum tidur, jangan terlalu kasar pulak.
*jangan lupa layan suami (diranjang) kalau tak larat terus terang je jangan asyik tangguh sampai berminggu atau berbulan. Kurangkan kerja rumah pada hari tertentu khas untuk melayan suami diwaktu malam. Kalau boleh sms suami 'Bang, malam ni ye?' sure suami akan balas, 'Ok abang balik cepat, awak tak payah masak abang beli siap.'
*beli la sehelai baju tidur yang seksi. Kalau malu beli kat pasaraya, beli online je...
*puji la suami sekali sekala, suami awak  pun bukan suami orang...
*kalau nak perli suami, perli secara lawak...time iklan memang sesuai untuk perli/tegur suami terutama iklan yang ada kaitan dengan suami...sure dia gelak berdekah-dekah dan insya-Allah boleh berubah
*kalau suami kena pergi outstation, ikut je. Tinggalkan anak-anak kat rumah mak atau suruh mak duduk kat rumah kita sementara waktu.
*kenali kawan-kawan suami anda dan bersikap baik (jangan mengada-ngada atau gedik depan lelaki). Sebab ada antara mereka yang boleh jadi reporter jika suami anda curang!

Sebenarnya ada banyak lagi tapi takat ni je yang aku larat taip. Kepala pun dah pening sebab cuaca panas. Lain kali aku akan tambah atau padam yang mana aku rasa tak sesuai untuk entry ni.