Sebenarnya ramai yang tak tau, Bank Negara atau Syarikat Insuran tak pernah pun mewajibkan pemilik kenderaan membeli P.A atau personal accident. Yang mengada-ngadakan hal wajib ni hanya lah ejen insuran yang nak mendapat anugerah dari Syarikat Insuran sekaligus menambahkan pendapatan mereka melalui komisyen yang mereka dapat hasil jualan.
Jadi, Tipah tertipu la ni? Kah kah kah....
Tu la korang, dengan ejen Melayu berkira sangat. Dah syarikat Insuran yang tetapkan bayaran premium kereta mestilah mengikut harga pasaran kereta atau lebih sikit pun takpe janji xde masalah bila nak claim nanti.
Dengan ejen bangsa lain xde lak banyak songeh, korang angguk je kepala, setuju, bila diorang tetapkan harga (kekadang tinggi sikit dari harga pasaran) dan bila diorang kata wajib ambik PA korang pun angguk setuju sambil tangan menggigil-gigil kuarkan duit dari poket.
Kalau dengan ejen melayu kite,ayat yang mula-mula keluar lepas duduk atas kerusi,
"Dik,bagi cover yang paling rendah...."
Padahal kereta tu baru 5 tahun. Jenuh la ejen tu terangkan kalau berlaku eksiden dapat claim sikit je, Sykt Ins x cover banyak. Time tu angguk laju je sebab bayar sikit je. Dah tak fikir lain. Yang ejen melayu pun xde la nak mewajibkan P.A seperti mana ejen bangsa lain sebab kesiankan orang kite yang "biar pape asal bergaye". Nak beli insuran pun berkira inikan pulak bila disuruh beli P.A
Bila dah kira, "Bang, insuran abang lepas tolak ncd RM234.85".
"Haaaaaa? Mahalnya? Xde yang murah lagi ke?"
Macam nak terkeluar bijik mata tengok figure tu. Haiii......orang macam ni pun ada.
"Tu dah kira murah la tu bang,sebab abang cover paling min RM10k, kalau ikut harga pasaran, abang kena RM898.45."
Itulah fenomena yang selalu dihadapi orang orang melayu yang berniaga insuran ni. Asyik nak kena sembelih dengan orang melayu sendiri. Pas tu dikutuk-kutuknya la macam-macam.
'Camne la orang melayu nak maju, dengan orang melayu pun berkira!,
Hek eleh, dengan bangsa lain yang caj mahal-mahal xde la korang cakap camtu ye, siap kutuk orang melayu kat bangsa lain lagi. Pulak tu siap bagi bisnes kat diorang! Ish ish ish....
Sebenarnya, P.A ni bagus kalau ambik. Bukannya mahal pun, dalam RM70.00 je setahun. Kita tak tau apa yang akan terjadi pada diri kita atau penumpang kereta kita (ahli keluarga/kawan2). Kalau kita bawak kereta berhemat, orang lain bawak menonong je, eksiden-mati ada gak peninggalan duit untuk keluarga kita yang tinggal.
Berbalik pada tajuk asal,P.A ni pun bagus sebenarnya untuk mat-mat rempit tu. Sekurang-kurangnya adala gak harta yang diorang tinggalkan untuk mak bapak diorang tu. Xde la mati sia-sia. Yela boleh la duit tu orang tua guna untuk buat kenduri, sedekah bagi pihak mat rempit tu, buat haji dan macam2 lagi....betul tak?
Tapi ramai yang memandang rendah dan merasakan seolah2 mereka lambat lagi mati atau tak mungkin mati dalam kemalangan! Fikirlah orang yang bersama kita dalam kereta. Jangan kedekut nak ambik P.A Kalau x mati pun, mungkin cacat sebab patah tangan atau kaki, ada gak duit insuran untuk menyara hidup kita. Dah cacat, sapa nak amik kerja? Nak tolong?
Lagi satu, jangan kedekut la....sian la kat ejen insuran tu. Dah la gaji diorang bergantung pada komisen insuran tu. Korang mintak diskaun plak! Ish ish ish....x patut. Jangan berkira dengan bangsa sendiri, susah nanti bangsa sendiri jugak yang korang cari.
Wallah hualam......
Pengajaran: Kalau ejen insuran bertegas suruh korang ambik P.A, bagitau je yang Bank Negara dan PIAM xde keluarkan arahan pun. Pas tu gertak diorang yang korang akan buat aduan pada Syarikat Insuran/Bank Negara. Tunjukkan yang korang tahu hak korang sebagai pengguna. Tapi ada baiknya ambik P.A tu. Terpulang pada poket anda $$$$....
Meh la join...
Tukar Hak Milik Kenderaan
Sesungguhnya aku memang tak faham dengan orang yang beli kereta dari tangan orang (second hand)! Kalau dah beli kereta, tukar la nama tu sekali. Bukan susah pun sekarang ni banyak ejen syarikat insuran yang menyediakan perkhidmatan pertukaran hak milik (hantar kereta pi puspakom, sediakan dokumen hinggalah pertukaran nama dalam geran kat JPJ).
Dokumen yang diperlukan untuk pertukaran hak milik hanya fotostate ic owner lama dan baru, geran dan $$$. Yang lain runner/ejen insuran yang uruskan.
Memang la yang jadi masalah DUIT! Tapi apa salahnya kalau kita keluar sekali gus dari menghadapi masalah di kemudian hari. Bukannya mahal pun kos dalam lingkungan RM300-RM350. Kesian la kat runner tu, lari sana lari sini, pi puspakom isi borang pegi pesuruhjaya sumpah pi JPJ. Pejam mata je la kuarkan duit tu. Kalau kita yang buat sendiri sah-sah lepas tu taknak beli kete second lagi. Memang menyusahkan! Masa terbuang, penat, silap hari bulan kete kene reject masa cek kat Puspakom, tak naik hangin?
Masalah yang timbul bila tak tukar nama kete ni,
* Pemilik pindah, tak tau alamat, masa beli lupa lak nak mintak fotostate ic.
* Beli atas tangan atas tangan sehingga la pemilik yang ke-5 masih tak tukar nama. Dah tak tau mana pemilik sebenar tu, masih hidup atau sudah mati.
*Pemilik lama kena saman. Beli lak kete dari pihak ketiga. Bila tanya, "Ada tak nombor hp owner lama? Nak suruh dia setelkan saman dia yang bertimbun ni, kalau tak, x dpt la aku renew roadtax kete ni....takat 2-300 boleh la aku bayarkan, ini dekat 15k, gila kau!!!" "Xde la...owner dia pun aku tak kenal. Kawan aku punya kawan punye bapak sedara yang punye kete ni. Dia pun dah pindah, kat mana pun aku tak tau." Dahhhhhh tepuk dahi!
* Tu takpe lagi, yang paling syahdu bila pemilik kereta dah meninggal dunia. Masa tu nak tukar nama kira dah terlambat la. Memang x boleh sama sekali. Tak caye gi la kat JPJ. Hanya setahun selepas kematian owner je dibenarkan hidupkan insuran. Rtax pun renew 6 bulan je.Pas tu renew lagi 6 bulan.
Cara nak setelkan benda ni, kena la suruh waris pemilik kereta tu pi Amanah Raya bahagikan harta, pas tu Amanah Raya akan keluarkan surat kuasa. Pas tu tukar nama dari pemilik asal ke nama anak, pas tu baru la boleh tukar nama ke nama pemilik yang baru.
Memang rumit!!Tambah plak kalu ada waris yang tak puas hati dengan pembahagian harta. Berkurun la menunggu....
Lepas setahun renew, dah tak boleh renew dah, sebab sekarang ni JPJ dengan JPN dah link. Jadi bila berlaku kematian, katalah kita dah buat insuran (kononnya JPJ tak tau) pas tu nak pi buat roadtax dengan harapan yang menggunung tinggi (supaya kereta tu boleh lepas)....akhirnya menjadi sia-sia apabila kat screen JPJ tu keluar maklumat "Pemilik Sudah Meninggal Dunia'. Anda dinasihatkan membuat urusan dengan Amanah Raya untuk pertukaran hak milik segera-nasihat kerani tu.
Huarhhhhhhghhh...menangis tak berlagu la....esok nak raya,camne nak balik kampung ni??
Masalah bagi yang membeli kereta (hire purchase) baru dan membuat pinjaman di bank menggunakan nama orang lain. Tetiba plak orang tu kena heart attack! Meninggal dunia. Loan masih ada lagi. Camne nak buat?????
Memang tak boleh buat apa. Hahahaha....
Kecuali ada mengambil insuran untuk pinjaman (perkara ni baru lagi-selalunya diguna untuk pinjaman personal loan tanpa guarantor). Benda ni kita kena pihak bank dulu. Kalau takde insuran yang melinddungi pinjaman kita, guna la kereta tu sehingga habis roadtaxnya, pas tu try renew kalau memang dah xleh gak, biar la tersadai beberapa bulan pas tu bank akan tarik kereta tu. Tak payah la bermurah hati nak transfer kereta tu atas nama kita dengan buat loan kat bank tu. Tak pasal2 lagi tinggi pinjaman pas tu kalau ada jumlah o/s pinjaman lama, kita kena tanggung.
Biar je bank tarik. Sebab dah memang hak milik bank tu. Anggap je la yang kita dah bayar beberapa tahun tu (walaupun nama orang lain)sebagai bayaran sewa kereta. Beli je la kereta baru atas nama kita atau nama orang rumah. Jangan disusahkan diri. Kecuali kalau kereta tu dah habis bayar, baru la setelkan kat Amanah Raya.
Kalau rasa tak faham, tanya la pihak yang berpengalaman atau pi JPJ terus tanya.
Wallah hualam...
Pengajaran: Dah beli beli kereta pastikan harga kereta tu termasuk kos untuk tukar nama sekali! Kalau tak mintak kurangkan harga kereta dan jangan lupa ambik photostate ic owner, suruh la orang buatkan.

Kenangan Pun Berlalu-Bhgn 4
Aduh….sakitnya kepala aku. Sape pulak yang langgar aku ni, marah Nazri dalam hati. Buta ke apa? Orang besar macam ni pun nak langgar, rungut Nazri dalam hati.
Ketika dia mengangkat kepala untuk melihat siapa yang telah melanggarnya, kedengaran suara meminta maaf berulang kali.
“Maaf ye, maaf, saya tak sengaja. Saya tengah cari selipar saya ni. Maaf maaf maaf ye. Sakit ke?” tanya gadis itu sambil mengusap-ngusap kepalanya yang juga kesakitan kerana terhantuk kepala seseorang.
Nazri tergamam melihat gadis yang berdiri dihadapannya. Perasaan marahnya hilang tiba-tiba. Hatinya berbunga kembali.
“Oh takpe, tak sakit pun! Saya pun tak perasan ada orang tadi, “ jawab Nazri sambil tersenyum. Saat itu dia berharap agar tiada sesiapa yang mengganggu perbualannya dengan Jasmin. Kalau boleh dia nak menikmati saat itu untuk berkenalan lebih rapat dnegan Jasmin. Lagipun peluang ini bukan datang selalu.
Terkejut Jasmin setelah mendapati orang yang di langgarnya adalah Nazri. Kakinya rasa lemah tiba-tiba. Tubuhnya menjadi kaku. Dia tak tau nak buat apa untuk mengelak dari bertentang mata dengan Nazri.
Ifa…tolong aku. Cepat la keluar…..,jerit Jasmin dalam hati.
Tika itu dia berharap sangat bumi terbelah dua dan dia melompat ke dalamnya agar perasaan debar dan malunya pada Nazri tiada siapa yang tahu.
“Mana awak letak selipar awak? Saya tolong carikan?” tanya Nazri lembut. Sedaya upaya dia menahan debaran di dadanya yang semakin kuat supaya tidak di dengar oleh Jasmin.
Jasmin dapat mendengar getaran pada suara Nazri, namun dia tidak peduli semua itu kerana dia sudah tidal dapat berfikir apa-apa ketika itu.
Nazri tersenyum lalu bertanya lagi,” Min, awak letak kat mana selipar awak tu?” betul-betul dekat telinga Jasmin.
“Aaa-a tadi…saya letak dekat ..aa..kat mana ye? Aduuuu...mana pulak selipar aku ni? Time ni la dia nak hilang!,” jawab Jasmin menggelabah.
Nazri tergelak kecil. Entah dari mana datang kekuatan, Jasmin bersuara,”Kenapa awak gelak?”
“Takde la, awak tu kelakar. Mulut cakap tak tau, tangan tunjuk ke arah lain,mata pandang ke lain,” gelak Nazri lagi. Seronok dia tengok telatah Jasmin yang tak tentu arah. Jasmin memuncungkan bibir.
“Wah, panjangnya muncung dia! Macam Tenuk! Kah kah kah…”semakin menjadi-jadi gelak Nazri . Seronok dia dapat menyakat Jasmin.
Merah padam muka Jasmin bila Nazri gelakkan dia. Nasib baik lampu tidak begitu terang jadi Nazri tidak dapat melihat perubahan pada wajahnya. Bibirnya di gigit geram.
Hisshhh, ini dah melampau dah ni, makin menjadi-jadi pulak dia ni, marah Jasmin dalam hati. Tangannya di silangkan ke dada.
Matanya meliar memerhati kalau-kalau ada orang yang sedang mendengar perbualan mereka. Hanya beberapa orang kawan Fida yang tidak dikenalinya saja berada di luar. Mungkin Fida dan Ifa masih di dapur mengemas apa yang patut.
Sebenarnya Jasmin tergesa-gesa mahu pulang cepat untuk elakkan diri dari bertemu dengan Nazri. Dia sudah memberitahu Fida yang dia sakit perut dan perlu pulang awal. Nak tak nak terpaksa Fida melepaskan Jasmin pulang. Walau Jasmin cuba elak dengan menyusup keluar perlahan-lahan, takdir tetap menemukan Jasmin dengan Nazri.
Jasmin masih memandang Nazri yang semakin perlahan tawanya.
“Dah? Puas gelak?” sindir Jasmin sinis. Nazri memandang tepat ke mata Jasmin sambil tersenyum. Jasmin membalas pandangan Nazri dan ketika mata mereka bertentang, hati mereka berbicara. Cepat-cepat Jasmin melarikan pandangannya ke arah lain.
Nazri perasan perubahan pada wajah Jasmin. Adakah Jasmin marah? Dia menunduk pandangannya ke bawah dan memandang semula Jasmin dengan pandangan yang lembut. Lama di perhatikan wajah itu, matanya, keningnya,bibirnya dan segala-gala tentang wajah itu yang menarik hatinya.
Terasa sesuatu menyusup ke dalam hati Jasmin bila di perhatikan lama begitu. Dadanya terasa sesak dengan perasaan yang datang tiba-tiba. Kalau boleh dia nak elakkan perasaan itu dengan beredar segera dari situ. Tapi laluannya di halang oleh Nazri.
Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di kaki Nazri.
“Awak…….” Lembut suara Jasmin menegur Nazri, membuatkan perasaan Nazri terbuai seketika.
Namun di jawab juga dengan suara yang lemah, “Iya?”
“Boleh tepi tak?” selamba Jasmin menolak Nazri ke tepi lalu mengambil seliparnya yang di pijak Nazri sedari tadi. Terkedu Nazri dengan kelakuan jasmine yang tiba-tiba berubah sikap.
“Terima kasih ye sebab sorokkan selipar saya,” kata Jasmin meninggalkan Nazri yang terkulat-kulat memandangnya beredar dari situ hingga hilang dari pandangan. Tak sempat untuk Nazri meluahkan kata-kata bila Jasmin berlari-lari anak pulang ke rumah.
Nazri menggeleng kepala kecewa dengan sikapnya yang tidak pandai mengambil peluang itu untuk mendekati Jasmin dan berkenalan dengannya.
Langgan:
Catatan (Atom)