Meh la join...

Kenangan Pun Berlalu - Karya Zitta

Sudah seminggu Jasmin tak keluar bertemu Fiqa. Dan dalam seminggu tu jugaklah sudah berpuluh-puluh majalah WANITA dan Mingguan WANITA lama ibunya diselak dan dibaca.

"Mana pulak diorang ni? Sorang pun tak datang rumah ajak jalan-jalan.... Takkan tunggu aku datang rumah diorang kot? Diorang bukan tak tau mak aku bukannya senang-senang nak kasi aku keluar bertandang ke rumah orang," rungut Jasmin seorang diri. Tangannya menyelak majalah dengan laju.

"Bosannya......," Majalah itu di tutup dan di letak ke dalam bakul khas untuk majalah.

Matanya meliar memandang tajuk buku cerita yang tersusun kemas di meja tulis. Semuanya dah habis di baca, malah telah beberapa kali di ulang di sebabkan kesukaran Jasmin untuk mendapatkan buku cerita terkini. Ini semua gara-gara ayahnya yang tak suka satu-satunya anak perempuan kesayangan, keluar dengan rakan-rakan ke bandar sama ada untuk berseronok atau berjalan-jalan.

"Bahaya...., kamu tak tau orang di bandar macam mana...pencuri, penculik dah banyak sekarang ni," kata ayah Jasmin menakut-nakutkan.

"Min pergi dengan kawan-kawan la yah, boleh la ye....." rengek Jasmin sambil menggoncang tangan ayahnya.

En Hadi hanya memandang anaknya tanpa berkata apa-apa. Dia hanya menggelengkan kepala dan itu adalah muktamad. Muncung mulut Jasmin lalu bangun sambil menghentak-hentak kaki menuju ke bilik, merajuk!

Lamunan Jasmin terhenti bila Comot melompat ke riba. Kucing kampung yang berwarna putih kuning itu memang manja dengan Jasmin. Jasmin memanggilnya Comot kerana terdapat warna perang di bahagian hidung dan mulut seakan-akan nampak comot dan tak sesuai dengan rupa kucing itu yang comel.

Kucing itu di belai perlahan. Bukan main seronok si Comot sampai pejam mata bila Jasmin membelai dan menggosok-gosok bawah lehernya. Geram dengan kelakuan Comot yang semakin ke depan lehernya, Jasmin mencubit pipi Comot yang tiada isi lalu mencium dahinya.

"Saaaaaaayang Comot! Jom makan jom, ala cian Comot, lapar ye....., uiiii perut dah berbunyi la..." Jasmin mengangkat Comot dan mendukungnya seperti mendukung bayi menuju ke dapur. Comot mengelip-ngelipkan mata lalu mengiau seperti memahami kata Jasmin.

"Minnn............Ooo Minnnnnnn.............Ifa dengan Fida datang ni!" jerit Mak Ani dari depan rumah. Kelam kabut Jasmin meletakkan friskies ke dalam mangkuk lalu berlari  keluar. Tersenyum lebar Jasmin apabila ternampak Ifa dan Fida.


Rasukan....karya Zitta.

Mika memandang ibunya yang berpakaian kebaya nyonya, sedang membetulkan kedudukan adiknya Barni di tempat duduk basikal. Cantik! Tapi dia hairan kenapa ibunya langsung tidak menegurnya? Mulutnya ingin bertanya tapi terkunci rapat. Mica pandang ibu yang mengayuh basikal hingga hilang dari pandangan dengan pandangan yang sedih.

"Mak ni nak pergi jalan tak ajak orang pun...." rungut Mica perlahan.

"Asyik bawak adik je..." marahnya lagi sambil membuka tv. Bibirnya menguntum senyuman apabila rancangan kartun kegemarannya, POPEYE ke udara. Fikirannya tidak lagi pada ibu yang keluar entah ke mana bersama Barni.

Beduk di surau kedengaran menandakan azan maghrib akan berkumandang, namun kelibat ibu dan adiknya tak juga kelihatan. Mica mula risau. Rasa sedih dan takut mula menerjah diri. Semua lampu dalam rumah di biar terang.

Tidak lama kemudian ibu Mica pulang dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan Barni yang terkial-kial untuk turun dari basikal.


Memancing........Alamak! Apa tu?- karya Zitta

Entah apa mentel si Mica dan Barni adiknya merancang untuk memancing ikan di kolam paya sebelah rumahnya. Dulu ia adalah paya, lepas tu ayah Mica korek untuk menternak ikan. Mungkin ada masalah, kolam tu terbiar macam tu saje tapi ada la beberapa jenis ikan kat kolam tu.

Mica mengarahkan adiknya mencari benang tangsi dan mata kail kepunyaan ayahnya di bawah katil sementara dia pula mencari buluh atau ranting untuk di jadikan batang pancing. Akhirnya dapat juga Mica sebatang buluh runcing lalu mengikatnya dengan tali tangsi dan mata kail. Selepas itu, mereka berdua mengambil cangkul lalu mengorek tanah di belakang rumah untuk mencari cacing.

Bukan main semangat lagi si Mica dan adiknya Barni untuk memancing ikan haruan atau ikan puyu untuk di bela. Mica menyuruh Barni meletakkan cacing di mata kail lalu menghayunkan batang pancing itu ke arah kolam.

"Hah, gerak gerak, ikan dah makan, cepat kak tarik pancing tu," riuh mulut Barni menyuruh kakaknya menarik pancing ke darat. Tak sabar dia nak tengok ikan apa yang naik. Rasa macam nak di rampas je batang pancing tu dari tangan kakaknya.