Meh la join...

Kenangan Pun Berlalu - Karya Zitta

Sudah seminggu Jasmin tak keluar bertemu Fiqa. Dan dalam seminggu tu jugaklah sudah berpuluh-puluh majalah WANITA dan Mingguan WANITA lama ibunya diselak dan dibaca.

"Mana pulak diorang ni? Sorang pun tak datang rumah ajak jalan-jalan.... Takkan tunggu aku datang rumah diorang kot? Diorang bukan tak tau mak aku bukannya senang-senang nak kasi aku keluar bertandang ke rumah orang," rungut Jasmin seorang diri. Tangannya menyelak majalah dengan laju.

"Bosannya......," Majalah itu di tutup dan di letak ke dalam bakul khas untuk majalah.

Matanya meliar memandang tajuk buku cerita yang tersusun kemas di meja tulis. Semuanya dah habis di baca, malah telah beberapa kali di ulang di sebabkan kesukaran Jasmin untuk mendapatkan buku cerita terkini. Ini semua gara-gara ayahnya yang tak suka satu-satunya anak perempuan kesayangan, keluar dengan rakan-rakan ke bandar sama ada untuk berseronok atau berjalan-jalan.

"Bahaya...., kamu tak tau orang di bandar macam mana...pencuri, penculik dah banyak sekarang ni," kata ayah Jasmin menakut-nakutkan.

"Min pergi dengan kawan-kawan la yah, boleh la ye....." rengek Jasmin sambil menggoncang tangan ayahnya.

En Hadi hanya memandang anaknya tanpa berkata apa-apa. Dia hanya menggelengkan kepala dan itu adalah muktamad. Muncung mulut Jasmin lalu bangun sambil menghentak-hentak kaki menuju ke bilik, merajuk!

Lamunan Jasmin terhenti bila Comot melompat ke riba. Kucing kampung yang berwarna putih kuning itu memang manja dengan Jasmin. Jasmin memanggilnya Comot kerana terdapat warna perang di bahagian hidung dan mulut seakan-akan nampak comot dan tak sesuai dengan rupa kucing itu yang comel.

Kucing itu di belai perlahan. Bukan main seronok si Comot sampai pejam mata bila Jasmin membelai dan menggosok-gosok bawah lehernya. Geram dengan kelakuan Comot yang semakin ke depan lehernya, Jasmin mencubit pipi Comot yang tiada isi lalu mencium dahinya.

"Saaaaaaayang Comot! Jom makan jom, ala cian Comot, lapar ye....., uiiii perut dah berbunyi la..." Jasmin mengangkat Comot dan mendukungnya seperti mendukung bayi menuju ke dapur. Comot mengelip-ngelipkan mata lalu mengiau seperti memahami kata Jasmin.

"Minnn............Ooo Minnnnnnn.............Ifa dengan Fida datang ni!" jerit Mak Ani dari depan rumah. Kelam kabut Jasmin meletakkan friskies ke dalam mangkuk lalu berlari  keluar. Tersenyum lebar Jasmin apabila ternampak Ifa dan Fida.




"Amboi korang ni........! Cuti sekolah bukan nak datang lepak kat rumah aku!" kata Jasmin ketika mempelawa raknnya masuk.

"Aku boring tau tak?" terang Jasmin lagi dengan muka sedih.

"Sorry la....aku pergi rumah kak kat Seremban, lepak sana seminggu," jelas Fida memujuk

"Ha-a, aku pun. Aku ikut family pergi bercuti ke Terengganu tiga hari. Best mandi air laut! Kau tengok kulit aku dah gelap sikit. Sikit je la, tapi masih putih lagi, he he he...." Masing-masing gelak dengan kata-kata Ifa. 

Riuh rendah rumah Mak Ani dengan dengan gelak tawa dan pelbagai cerita tiga anak dara yang sudah lama tidak berjumpa. Lega hati Mak Ani melihat Jasmin ceria, kalau tidak tu masam mencuka je Jasmin keboringan. 

"Makcik, kitorang balik dulu ye! Sedap la air oren dan mihun yang makcik buat!" serentak Fida dan Ifa memuji macam budak sekolah memberi salam pada guru pulak. Tersengih Jasmin dengan gelagat rakannya yang bertolak-tolak nak keluar. 

Mak Ani tersenyum menghulurkan tangan dan berpesan, "Iya la, baik-baik jalan ye. Terus balik rumah jangan singgah ke mana." 

Fida yang melangkah beberapa tapak, berpusing. 

"Ada benda tertinggal ke?" tanya Jasmin kehairanan.

"Ha-ah, tapak kaki aku!" jawapan Fida di sambut dengan kekekan Jasmin dan Ifa.

"Xde la.... ni, sebelum aku lupa, malam ni mak aku buat doa selamat besday aku. Aku panggil kawan-kawan je, jangan lupa datang ye lepas Isyak," terang Fida sambil tersenyum. Ifa dan Jasmin terkejut. Dengan pantas Jasmin memeluk Fida di ikuti Ifa sambil mengucapkan selamat dan mendoakan Fida.

"Dah dah dah.....korang jangan buat aku sedih pulak! Aku nak korang mesti datang malam ni!" Fida sedaya upaya menahan air mata gembira, terharu dengan keikhlasan teman baiknya itu.

"Insyaallah, aku boleh datang, tapi korang kena jemputlah ye?" Fida dan Ifa mengangguk tanda setuju. 

Malam itu....

"Ramai ke orang kau jemput?" tanya Ifa pada Fida. Jasmin hanya diam mendengar.

"Aku jemput kawan-kawan je, makcik pakcik aku tak jemput, sorry la majlis untuk remaja je....." kata Fida sambil gelak.

Rumah Jasmin, Fida dan Ifa tidaklah jauh sangat hanya selang beberapa buah rumah saja. Mereka bertiga adalah sebaya dan satu sekolah.  Jasmin dan Fida satu kelas perdagangan manakala Ifa kelas sains.

"Uuuiiii, ramainya! Habis semua budak kat kampung ni kau jemput ke?" tanya Ifa sambil memegang erat tangan Jasmin. Fida hanya tersenyum sambil mengajak rakannya masuk ke rumah. Dah ramai rupanya yang datang ke rumah Fida. 

"Duduk dulu ye, lepas bapak aku baca doa selamat kita makan." Ujar Fida mempelawa temannya.

Marlin yang sedia sampai di rumah Fida melambai tangan ke arah mereka bertiga. 

"Min, kau duduk sebelah aku. Sini cepat!" arah Marlin. Jasmin menurut saja kehendak Marlin tanpa banyak soal. Fida pula duduk di sebelah kanan Marlin manakala Ifa duduk disebelah Jasmin.

Marlin menarik tangan Jasmin dan merapatkan tubuh Marlin pada Jasmin sambil tersenyum simpul menyebabkan Jasmin berasa kurang selesa.  

Ketika Jasmin memerhati kawan-kawan Fida yang datang pada malam itu, matanya bertembung dengan sepasang mata tajam memandang ke arahnya. Berderau darah Jasmin ketika bertentang mata dengan Nazri. Nazri duduk di tempat yang agak tesorok sedikit dari kedudukan Jasmin dan rakannya.

Tiba-tiba Nazri bangun beralih tempat lalu duduk di sebelah Yusri betul-betul berhadapan dengan Jasmin. Matanyaterus-terusan memandang ke arah Jasmin. Muka Jasmin merah padam, malu, dadanya berdebar2 bagai nak luruh jantung dari tangkainya, dia cuba sedaya upaya mengawal diri dari memandang Nazri. Kalau la mikrofon di letakkan di dadanya ketika itu, mesti satu kampung boleh mendengar degupan jantungnya yang berdebar kuat!

Marlin gembira dapat menatap wajah Nazri walaupun dia tahu Nazri meminati Jasmin tapi dia suka dengan pandangan Nazri yang mampu mencairkan hatinya itu.

Sambung lagi ye..........