Meh la join...

Rasukan....karya Zitta.

Mika memandang ibunya yang berpakaian kebaya nyonya, sedang membetulkan kedudukan adiknya Barni di tempat duduk basikal. Cantik! Tapi dia hairan kenapa ibunya langsung tidak menegurnya? Mulutnya ingin bertanya tapi terkunci rapat. Mica pandang ibu yang mengayuh basikal hingga hilang dari pandangan dengan pandangan yang sedih.

"Mak ni nak pergi jalan tak ajak orang pun...." rungut Mica perlahan.

"Asyik bawak adik je..." marahnya lagi sambil membuka tv. Bibirnya menguntum senyuman apabila rancangan kartun kegemarannya, POPEYE ke udara. Fikirannya tidak lagi pada ibu yang keluar entah ke mana bersama Barni.

Beduk di surau kedengaran menandakan azan maghrib akan berkumandang, namun kelibat ibu dan adiknya tak juga kelihatan. Mica mula risau. Rasa sedih dan takut mula menerjah diri. Semua lampu dalam rumah di biar terang.

Tidak lama kemudian ibu Mica pulang dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan Barni yang terkial-kial untuk turun dari basikal.





Mica perhatikan ibunya tidak seperti biasa. Wajah ibunya nampak menakutkan! Dari ruang tamu Mica dapat mendengar ibunya berdengus dan berkata perkataan yang langsung tidak di fahami.

"Kau pergi mana dengan mak tadi?" tanya Mica pada Barni sambil matanya liar memerhati ibunya yang sedang menyelongkar dapur dan berulang-alik masuk bilik air.

"Pusing-pusing taman." pendek je jawapan Barni. Mica tak puas hati. Takkanlah pergi taman lama sangat balik, fikir Mica.

Jeritan ibunya dalam keadaan marah mengejutkan Mica dan Barni. Berlari Mica ke dapur disangka ibu memanggilnya.

"Aku bakar rumah ni! Aku bakar rumah ni! Arggghhhh panas....panas!" jerit ibu Mica lalu berlari ke bilik air dan membasahkan badannya yang kepanasan.

Mica tergamam dengan perbuatan ibunya yang seperti orang tak tentu arah menjerit sambil berlari ke bilik air dan dapur. Mica melihat ibunya membuka dapur gas dan membiarkan gas keluar lalu menyambil minyak tanah yang terdapat di bawah dapur lalu menjirus diri sendiri.

Mica mula ketakutan dan panik. Kakinya bagai melekat pada lantai. Barni berlari ke arah ibu sambil menangis, takut melihat keadaan ibu yang seperti kerasukan.

Milah menarik Barni dengan kasar lalu di simbah badan Barni dengan minyak tanah. Suaranya masih berdengus dan meracau dengan bahasa yang tidak difahami. Mica terus berlari keluar menuju ke rumah Mak Jah sambil menjerit meminta tolong.  Mak Jah yang baru selesai mengerjakan solat berlari ke rumah Mica bersama 2 orang anak bujangnya, Man dan Zek. Telekung yang dipakainya tak sempat ditanggalkan.

"Milah! Milah!.......Kenapa ni? Bawak mengucap Milah, bawak mengucap!" cemas suara Mak Jah melihat keadaan Milah yang meronta-ronta apabila di pegang Mak Jah.

"Lepaskan aku......lepaskan aku.......!!!! Aku nak bakar rumah ni....rumah ni panas.....lepaskannnnnnnn!!!!"jerit Milah sekuat-kuatnya.

"Pegang kaki kakak engkau ni Man!.....Zek, pergi ambik bawang putih, cepat!" arah Mak Jah yang semakin kehilangan kudrat untuk memegang Milah yang begitu kuat melawan. Mata Milah menjengil ke arah Mak Jah. seolah-olah marah. Tangannya menolak pegangan Mak Jah, tapi gagal kerana genggaman tangan Mak Jah semakin kuat di tambah pula kakinya bagai di kunci oleh Man.

Mica memeluk adiknya Barni. Mereka di arahkan supaya duduk di ruang tamu oleg Mak Jah. Risau Mica melihat keadaan ibunya. Apa yang menyebabkan ibunya bersikap sedemikian? Dia hanya memerhati dari jauh apa yang di lakukan oleh Mak Jah dan anak2nya.

Mak Jah mengambil bawang putih, dibacakan ayat kursi dan 3 Qul, lalu di hembus pada bawang putih dan di sapu pada dahi Milah. Mak Jah mengulangi perbuatannya beberapa kali. Rontaan Milah semakin lemah. Man menyuakan semangkuk air kepada Mak Jah.  Mak Jah merenjis air ke muka Milah untuk menyedarkannya.

Perlahan Milah membuka matanya, nafasnya masih tercungap-cungap. Terkejut melihat kehadiran Mak Jah dan anak2nya. 

"Apa akak buat kat sini? Kenapa baju saya basah ni?" 

"Akak rasa kau kena rasuk tadi. Mana kau pergi?" tanya Mak Jah perlahan pada Milah.Zek dan Man meminta diri untuk pulang ke rumah apabila di lihat Milah sudah pulih.

"Tadi saya bawak Barni pusing-pusing kat taman. Dekat nak maghrib saya nak balik, lalu dekat tokong tu nampak macam ada perempuan lambai saya, bila sampai kat situ saya tengok takde orang pun, meremang bulu roma saya.....lepas tu saya dah tak sedar apa yang berlaku," terang Milah dalam keadaan lemah. 

Seram Milah bila teringat akan perempuan berambut panjang dan berbaju putih labuh ke kaki melambai tangan seolah-olah memanggilnya. Mukanya tertutup dengan rambut menyukarkan Mila untuk kenal siapa perempuan itu dan apa yang di buat berhampiran tokong di tengah semak yang terbiar tidak dikunjung sesiapa.

"Dah, sekarang ni kau pergi mandi, lepas tu solat, Akak tunggu...." arah Mak Jah. 

"Tadi kau bukak gas, nasib baik mancis takde. Kalau tak, dah terbakar rumah ni dengan kau dan anak kau sekali. Nasib baik si Mica tu cepat panggil akak," terang Mak Jah lagi sambil mengelap dapur yang berlenar dengan minyak tanah. Milah menuju ke bilik air dalam keadaan lemah.

Selesai solat, Mak Jah mengarahkan Milah supaya mengaji. Apabila sudah pasti dengan keadaan Milah yang sudah sembuh, Mak Jah minta diri untuk pulang. Dia sempat berpesan dengan Mica untuk memanggilnya jika perkara itu berulang lagi.

"Lepas ni, tak payah la keluar petang-petang lagi. Kau tu lemah semangat. 'Benda' senang masuk badan." Nasihat Mak Jah pada Milah sebelum keluar pulang.

Milah hanya menganggukkan kepala. Mica dan Barni gembira melihat ibunya sudah sembuh. Namun begitu ada perasaan benci Mica pada makhluk yang mengganggu ibunya......