Meh la join...

Kenangan Pun Berlalu-karya Zitta

Nazri dah bosan jadi perhatian anak-anak gadis yang tersenyum-senyum dan tergedik-gedik bila bercakap, cuba menawan hatinya. Malah ada yang berani bertemu Nazri untuk berkenalan tapi Nazri hanya buat tak tahu saja. Malah dia di ejek oleh teman-teman yang mengatakan dia berlagak dengan perempuan. Geli dia bila Marlin yang berbadan gempal di iringi Fida dan Liya, datang menghulurkan tangan sebagai perkenalan. Bukan dia tak suka dengan Marlin, tapi dari gaya Marlin yang seolah-olah berlagak diva dan suka mengarahkan orang sesuka hati, membuatkan Nazri meluat. Nazri mengajak rakannya beredar dari saitu tanpa memandang langsung ke arah Marlin.
"Jaga kau, satu hari ni kau akan melutut kat aku, merayu-rayu aku untuk terima engkau!" Bengang betul Marlin dengan Nazri, budak yang baru pindah dari Maran ke Kampung Ceranting mengikut ayahnya yang bertugas sebagai anggota polis.
"Ala.....Fida, dia tak layan aku la......" rengek Marlin pada Fida. Fida hanya tergelak aje sambil tangannya menggosok belakang Marlin untuk menyabarkan hati Marlin yang sedang kecewa.
"Rilek la Mar. Dia tak kenal lagi sape engkau. Aku pun dia tak pandang langsung tau! Padahal, kalau ikutkan, aku lagi cantik dari engkau! Slim lagi." Marlin memandang Liya yang cakap ikut suka dengan pandangan yang geram.
"Hey, perempuan, kau jangan nak gatal-gatal tackle dia tau! Dia, aku yang punya. Kalau kau kacau, siap kau aku kerjakan. Dah jom, jalan."

***************************************

"Minnnnnnnn...............Oooooo Min."
Terdengar suara Ifa memanggil Jasmin. Berlari Jasmin mendapatkan Ifa.
"Ifa......masuklah. Aku baru je nak keluar cari kau." tersenyum Ifa memandang Jasmin. Ifa hanya menggelengkan kepala taknak.
"Min, ada budak baru pindah sini. Henseeeeeemmmm sangat, cun, smart. Aku tak tau camne nak cakap. First time nampak dia, aku dah jatuh suka kat dia, oh!" beriya-iya Ifa bercerita dengan wajah yang berseri-seri.
"Tapi kan................leceh aaa. Si Marlin dah booking." Wajah Ifa bertukar menjadi masam, frust la tu. Jasmin hanya tersengih memandang Ifa. Tak tau pulak dia ada budak baru pindah ke tempat jin bertendang tu! maklum la, dia pun jarang keluar rumah. Kalau Ifa datang rumah ajak dia keluar, baru dia akan keluar. Tapi, kalau untuk dia keluar saja-saja sendirian, tak mungkin. Jasmin lebih suka duduk rumah sambil membaca buku. Tambahan pula masa cuti sekolah ni sajalah dia dapat berehat sepuas-puasnya.
"Min, jom keluar tengok diorang main bola takraw, jom la....." Ifa menarik tangan Jasmin. Jasmin memberi isyarat sebentar kepada Ifa untuk meminta kebenaran dari ibunya.
"Fa, kita main bola jaring nak tak? Dah lama tak main la. Kita lawan la dengan budak lelaki...." cadang Jasmin ketika mereka menghampiri gelanggang permainan di kampung itu. Ifa memandang Jasmin. Mukanya berkerut seolah-olah berfikir.
"Kena tanya Kak Mar dulu la, dia nak main ke tak. Fida dengan Liya mesti ok punya.Kan kita satu team masa darjah 6 dulu? Tapi x cukup orang la.......camne nak main?"  Tanya Ifa balik pada Jasmin.
"Ala, kita main suka-suka je, k?" Jasmin mengangkat keningnya memandang Ifa sambil tersenyum memujuk.
"Ok la..." jawab Ifa bersetuju.



Marlin dan Fida sedang duduk di buaian yang terletak bersebelahan dengan gelanggang takraw. Manakala Liya, Intan dan Ani, adik Intan berdiri di sebelah buaian. Oleh kerana Kampung Ceranting mempunyai penduduk yang sedikit, remaja di kampung itu tidak ramai. Ini mebuatkan mereka saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan menjadi rapat. Sekiranya ada permainan atau perlawanan, mereka akan saling menyokong antara satu sama lain. Kadang-kadang hati remaja akan terusik bila di usik dan di gandingkan antara satu sama lain. Tapi itu hanya sementara kerana  bagi mereka, persahabtan itu lebih penting dari perasaan.
Marlin sedang asyik memerhati Nazri. Terseyum-senyum dia memandang Nazri yang dah naik menyampah dengan perangai tak malu Marlin. Tiba-tiba Marlin perasan sesuatu. Tadi, sebelum Jasmin dan Ifa sampai, Nazri langsung tak toleh ke arah mereka. Sekarang ni, Nazri kerap memandang ke arah Marlin dan kawan-kawannya. Namun pandangan Nazri hanya tertumpu kepada seseorang. Marlin cuba memerhati pandangan Nazri menuju ke arah mana tapi x dapat. Akhirnya Marlin mendapat idea.
"Fida, kau bangun! Bagi Ifa duduk sini." Selamba aje Marlin menarik Fida yang tengok seronok melihat perlawanan takraw bangun, dan menarik tangan Ifa duduk di sebelahnya.
"Eeeeee, apa Mar ni...." dengus Fida agak marah dengan perlakuan Marlin yang menariknya dengan kasar.
Ifa tersengih-sengih aje, seronok dapat duduk kat buaian. Letih jugak dia nak berdiri lama-lama maklum la permainan baru je bermula. Marlin memandang lagi ke arah Nazri, tapi Nazri langsung tidak memandang ke arah Ifa. Nazri masih memandang seseorang dengan pandangan yang tajam x berkelip. Geram Marlin dengan Nazri yang tak mahu langsung memandang ke arahnya, kalau pandang pun di jeling saja dengan pandangan benci. Tiba-tiba......
"Fa, bangun! Bagi Min duduk sini." terkebil-kebil Ifa memandang Marlin. Apa kena dengan kak Mar ni, dah tak betul ke? Kejap suruh duduk, kejap suruh bangun, bisik hati Ifa merungut. Fida menggelakkan Ifa.
"Ha ha ha, padan muka kau kena berdiri. Tu la, daulat. Tadi kau ambik tempat aku. Kah kah kah.." Ifa menarik muka masam.
"Sape ambik tempat kau? Kak Mar yang suruh aku duduk situ, aku duduk la," balas Ifa.
"Dah dah dah, jangan nak bising. Ni tempat aku, suka hati aku la nak suruh sapa duduk." Marlin bersuara, tegas.
"Min, meh duduk sini." Marlin memanggil Min sambil menepuk tempat disebelahnya. Min menggeleng-gelengkan kepala, taknak bergaduh dengan Ifa dan Fida yang berebut tempat duduk di buaian. Tapi Marlin paksa jugak. Akhirnya Jasmin mengalah dan duduk di sebelah Marlin. Tumpuan Jasmin hanya pada perlawanan bola takraw yang mana pemain team A adalah Yusri, Edy dan Mat yang berlawan dengan team B yang terdiri daripada Usop, Aman dan Idris.
Marlin memandang lagi ke arah Nazri. Marlin merapatkan diri kepada Jasmin. Kepalanya dilentokkan ke bahu Jasmin. Jasmin membiarkan sahaja. Akhirnya Marlin mengetahui siapa yang di pandang Nazri. Dia hanya berdiam diri saja tidak memberitahu Jasmin. Matanya terus-terusan memandang Nazri sambil tersenyum. Marlin rasa seronok, walaupun Nazri hanya memandang Jasmin, tapi dia turut rasa pandangan mata Nazri yang tajam itu menusuk ke jiwanya.

****************************************

Nazri bengang dengan perbuatan Marlin. Dia cuba untuk tidak memandang Marlin. Pandangannya hanya tertumpu pada Jasmin yang baru tiba. Seolah-olah ada tarikan yang kuat pada Jasmin membuatkan hatinya berdebar-debar. Dia tak faham dengan perasaan itu tapi dia menyukainya. Setiap kali dia memandang ke arah Jasmin, dia dapat merasakan debaran di dada dan darah panas mengalir ke seluruh anggota badannya. Pandang lah sini, pandanglah sini, bisik hati Nazri. Tapi malangnya, Jasmin tidak langsung perasan akan kehadirannya, sebaliknya Marlin yang beriya-iya membalas senyuman dan pandangan kepada Nazri. Perasan betullah budak ni, getus hati Nazri. Namun Nazri tidak putus asa, dia beralih tempat ke kawasan pandangan Jasmin sering tertumpu iaitu di bahagian gelanggang team A. Nazri suka melihat senyum dan wajah Jasmin. Matanya setia memandang ke arah Jasmin dengan pandangan yang sukar di mengertikan.

****************************************

Ifa perasan sesuatu. Matanya memerhati seseorang yang sedang berjalan perlahan menuju ke gelanggang kanan Ifa.
"Min Min Min, tu lah budak yang baru pindah kat sini tu....yang pakai T-shirt merah tu," Jari Ifa pantas menunjukkan seseorang. Jasmin tercari-cari. Merah padam muka Jasmin bila matanya bertembung dengan mata si Nazri. Cepat di alihkan ke arah lain. Takut Marlin marahkan dia jika Jasmin memandang Nazri lama-lama. Bukankah Ifa dah bagitau yang Marlin dah booking si Nazri ni tadi?
"Laaaaaaaaaa...kau tak tau lagi ke?" tanya Marlin. Jasmin menggelengkan kepala.
"Si Nazri tu aku punya, jangan sesiapa pun berani kacau." Selamba Marlin memberi amaran kepada kawan-kawannya.
Ooooo, Nazri nama dia, bisik hati Jasmin. Tak tau kenapa hati Jasmin mula berbunga. Perasaan itu cuba di buang jauh-jauh, namun bila Jasmin cuba untuk memandang Nazri buat kali yang kedua, berderau darahnya bila bertentang mata dengan Nazri. Pandangan Nazri yang tajam membuatkan Jasmin tidak senang duduk. Jasmin cuba kawal perasaannya yang tidak tenteram. Jangan pandang, jangan pandang, bisik hati Jasmin cuba untuk mengawal dirinya sendiri. Tapi matanya tetap degil untuk memandang ke arah Nazri. Nazri memberi senyuman pada Jasmin. Jasmin terkedu lantas di alihkan pandangan ke tempat lain. Marlin yang duduk disebelah menjeling ke arah Jasmin bila ternampak Nazri menghadiahkan senyuman kepada Jasmin. Rasa cemburu mula menerjah. Marlin tak boleh buat apa-apa, kalau dia menyuruh Jasmin pergi dari situ, tentu si Nazri akan beredar sama. Paling tak pun, dia tidak lagi memandang ke arah Marlin. Tak dapatlah dia menatap wajah Nazri dan pandangan matanya yang tajam itu. Sekurang-kurangnya, dengan adanya Jasmin di sisi Marlin, Marlin dapat merasakan keseronokan seolah-olah Nazri sedang memandangnya walaupun hakikatnya tidak.
Bersambung..........Salam dari Zitta.